Tuesday, 28 December 2010

Di bawah langit bintulu

Langit Bintulu
di bawah langit Bintulu
ada aku datang menumpang
bawa islam untuk dikongsi
bawa cinta untuk berukhuwwah
bawa hati untuk belajar

di bawah langit Bintulu
nun tinggi di atas kepala
tinggi lagi cita-citaku
pendorong musafirku
mahu Allah redha padaku

Alhamdulillah..peluang untuk merebut redha Allah itu selalu datang bergolek di depan mata. Kali ini peluang datang jauh dari Bintulu, katanya di sana ada yang mahu mendengar kisah gunung terbelah dua di puncak. Oppss jangan keliru, ini bukan kisah dua bukit santubong dan sejenjang ya! No! No! 

Arakian pada pagi krismas, bermusafirlah tiga cik Siti ke bumi Bintulu mahu bercerita. Secara peribadi, persediaan saya tidaklah sesempurna mana. Awalnya, saya merancang untuk mewakafkan satu minggu bertapa dirumah bagi membolehkan saya membuat persediaan untuk bercerita. Malangnya, ia tidak terjadi mengikut perancangan kerana boleh dikatakan setiap hari dalam minggu tersebut saya keluar rumah. Adei, mimpi sunnguh mahu bertapa. Begitulah Allah merancang =).

Ketibaan kami disambut oleh cik siti juga.. berapa banyak siti daaa... Kami dijamukan dengan nasi lemak masak sendiri oleh kak L. Owh sungguh sedap apatah lagi kami memang sangat lapar sebab flight kami awal pagi, jadi tak sempat sarapan. Dalam flight pula bau makanan macam-macam, sate la nasi lemak la..huhu sungguh menguji kesabaran. Alhamdulillah perut sudah kenyang, sekarang masa untuk bekerja.

Kami ke sebuah sekolah, tempat kami akan bercerita. Para pendengar rata-ratanya lebih tua daripada kami, dan ini membuatkan kami cuak. Mana tidaknya, biasanya kami bercerita dengan gaya-gaya tidak matured kerana audience adalah adik-adik remaja. Malah, kami juga selalu menggunakan bahasa-bahasa rekaan sendiri bagi menghidupkan suasana best. Tapi sekarang kebiasaan kami itu tidak boleh digunakan pakai, memandangkan mereka lebih matang dan sukar untuk faham bahasa semenanjung yang tidak baku.

 
Apapun perjuangan diteruskan juga. Walaupun sepanjang bercerita kami terpaksa berlawan dengan suara kanak-kanak bermain yang nyata mengatasi suara kami, tapi alhamdulillah cerita berjaya disampaikan hingga ke akhirnya. Namun, kami tidak dapat mengagak tahap kefahaman para pendengar kerana kesuntukan masa untuk berdiskusi dan keterbatasan maklumat dalam borang 'feedback'. Apapun Allah jualah tempat kami berserah setelah membuat yang terbaik. Dia yang memberi kefahaman, semoga Dia memberi kefahaman yang sebenar kepada kami semua.

Selesai sesi bercerita,kami dibawa pusing-pusing Bintulu. Ada Pantai Temasya Bintulu, ada pub (opps ini pasar utama bintulu ya), ada kek lapis, ada kilang petronas dan shell.. dan macam-macam lagi. Bangunan disini warna-warni, tidak seperti disemenanjung yang selalunya terbatas kepada warna-warna lembut. Disini, warna terang dan gelap juga menjadi pilihan untuk rumah dan bangunan-bangunan lain. Cantik! Tapi kami hanya sempat lalu sahaja, tidak berhenti pun memandangkan maghrib sudah hampir masuk. Maghrib disini masuk pada pukul 6 lebih.

warna-warni kan? ini baru pintu.
Malam itu, kami berkongsi cerita Mus'ab bin Umair dengan adik-adik lepasan SPM. Adik-adik ni sangat malu dengan kami sehingga kami tidak tahu bagaimana mahu bersembang dengan mereka. Tapi, meskipun selalu diam tak bersuara, mereka berusaha keras untuk  mendengar cerita dengan suara saya yang dengar tak dengar ini, Minta maaf, saya pun tidak faham kenapa tiba-tiba suara saya jadi perlahan, sehingga adik-adik terpaksa terbongkok-bongkok mahu merapatkan telinga huhu. Berdasarkan cerita itu, cik-cik Siti yang lain berkongsi nasihat dan peringatan agar hidup ini sentiasa tidak lari dari redha Allah, biarpun disibukkan dengan tugas sebagai pelajar, anak dsb.

Esoknya kami ke masjid pula untuk bercerita lagi, tetapi dengan audience yang berbeza. Kali ini lebih mencabar kerana audience kami terdiri dari adik-adik 12 tahun hingga mak cik- mak cik 30-an. Aduh besar sungguh jarak umur. Mahu bercerita dengan details supaya si kecil 12 tahun itu faham, takut nanti yang sudah besar ini bosan pula. Mahu bercerita laju dengan penerangan tahap tinggi, takut yang si kecil ini pening pula. Akhirnya, kami berserah saja pada Allah.. semoga Dia memberi kefahaman yang sebenar.


Habis bercerita, para peserta diminta duduk dalam kumpulan unutk sesi perbincangan. Sesi ini sangat penting untuk menguji tahap kefahaman masing-masing terhadap cerita tadi. Melalui sesi ini saya sedar bahawa yang si kecil-kecil ini susah memahami bahasa semenanjung! Penerangan saya terpaksa diterjemahkan oleh fasi dari sarawak. Setelah diterjemah, mereka dengan mudah mengangguk tanda faham..huhu T_T. Tapi disebabkan ini juga saya mampu berbahasa sarawak sikit hahah.

Malam itu kami melawat ummu tasnim. Rasanya baru saja melihat Tasnim sewaktu baru dilahirkan.. sekarang sudah temban gedebam! Alhamdulillah semoga membesar menjadi serikandi islam. Esoknya, kami pulang selepas melawat rumah panjang dengan menaiki kereta yang rasanya tidak ubah seperti menunggang kuda!

Misi kami ini membuka kepada banyak misi lain. Semoga dakwah dan tarbiyyah semakin subur di serata dunia. Sesungguhnya kami adalah hamba-hamba Allah yang mengejar redha-Nya, Allah jualah yang menentukan naik turun islam akan datang =)

Monday, 20 December 2010

Broadbando Celcomacio

Sejak semalam coverage Celcom terganggu entah apa sebabnya, sehingga menyebabkan para pengguna Celcom yang setia seperti saya tidak dapat menggunakan handphone dan Broadbando Celcomacia mereka. Sehingga pagi ini, Celcom masih lagi membuatkan penguna setianya ini tertekan!! Haish.. terpaksalah saya menulis post ini di dalam Microsoft Word terlebih dahulu, walaupun disisi saya terdapat tiga biji Broadbando Celcomacio!!

Tiga biji Broadbando Celcomacio bergambar dengan penuh gaya, dari kiri, Kak Siti's, Saya's dan Kak Nora's
Tanpa coverage, tiga biji Broadbando Celcomacia tidak ubah seperti tiga batang plastik yang langsung tidak berguna untuk melayari internet, membaca email, meng-update facebook apatah lagi mengutus post baru di blog heartysays..

Tanpa minyak petrol, sebuah kereta Mercedes yang gah dengan rekabentuknya, sunnguh bergaya dengan warna hitam menawan, tidak ubah seperti besi buruk yang langsung tidak dapat membawa tuannya ke mana-mana hatta ke kedai makan depan rumah sekalipun.

Tanpa iman dan taqwa, seorang manusia yang diciptakan Tuhannya sebagai sebaik-baik makhluk, tidak ubah seperti binatang bahkan lebih teruk lagi, yang hidup semata-mata untuk memuaskan nafsunya tanpa sedikit pun bermanfaat kepada dunia dan seluruh isinya.

Buta

Bekerja selama 9 jam dengan komputer yang langsung tidak ada sense of humour, ditambah pula dengan keadaan pejabat yang tertutup litup kerana memenuhi permintaan mak cik penghawa dingin yang cerewet dan sekaligus menghalang saya dari melihat alam semulajadi untuk merehatkan mata dan otak yang penat.. cukup untuk membuatkan saya tidak sabar-sabar menanti waktu pulang. Jam pejabat juga tidak mahu ketinggalan menguji kesabaran saya apabilah beliau lewat 5 minit dari waktu sebenar, memaksa saya bertahan sehingga jam 5.05 petang sebelum.. "Merdeka!! Balik dulu weyh!".

Bebas dari penjara pejabat, saya pun terus menuju ke kereta.. eh silap, ke stesen monorail. Nasib baiklah menunggu kedatangan abang monorail ini tidaklah seseksa seperti menunggu atuk KTM. Abang monorail akan datang paling lama pun dalam masa lima minit, tidak seperti atuk KTM.. aduuhh berjam-jam! Sebaik sahaja pintu monorail dibuka, saya terus meluru masuk.. risau tak dapat duduk huhu. Dapat duduk, yeah! Alhamdulillah. Eh, kakak sebelah ini buta..

Kakak ini diam sahaja sehinggalah terdengar suara juru cakap monorail "Stesen berikutnya, Hang Tuah", kakak ini mula bergerak-gerak tanda mahu keluar. Sebaik monorail berhenti dan pintu terbuka, kakak ini pun berdiri dan bergerak mengikut arus orang-orang yang mahu keluar.. dan akhirnya berjayalah beliau membebaskan diri dari perut monorail itu. Sekarang beliau tidak dapat lagi merasai arus manusia yang bergerak kerana ruang di luar monorail lebih besar. Lalu kakak ini pun mengeluarkan tongkatnya dan mula meneka arah mana yang harus ditujunya. Malangnya, arah yang ditujunya berlawanan dari arah yang sebenar. Tiba-tiba, ada tangan yang memegangnya, menyapanya mesra, lantas menuntunnya ke arah yang benar.

Agak-agaknya, apa akan jadi kalau kakak buta itu tidak mahu dituntun? Apa akan jadi kalau kakak ini tidak bersedia untuk dibantu? Seterusnya apa akan jadi kalau kakak ini tetap juga mahu meneruskan langkahnya, walaupun sudah diberitahu yang arah yang ditujunya itu salah, tetap dia tidak mahu berpatah balik? Apa akan jadi? Pasti kakak itu selamanya tidak akan pernah berjaya keluar dari stesen LRT tersebut..

Begitulah Allah menerangkan, melalui kalam-Nya di dalam surah Al-Baqarah, 2: 6 - 20. Juga dapat kita perhatikan pada ayat yang lain:
"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada" (Al-Hajj, 22: 46)

"Dan sesungguhnya Kami jadikan isi Neraka Jahannam kebanyakan jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai" (Al-A'raf, 7: 179)

 
"Sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya" (Asy-Syams, 91: 9-10)

Melalui ayat-ayat diatas, Allah menerangkan bahawa untuk menerima kebenaran, seseorang itu perlu terlebih dahulu membuka hatinya untuk kebenaran. Apabila dia telah membuka hatinya, maka dia bersedia untuk berubah bila sahaja kebenaran itu menuntutnya untuk berubah. Apabila dia telah membuka hatinya, dia tidak akan memberi sebarang alasan untuk menolak kebenaran atau menangguh-nangguhkan kebenaran yang sudah berada di depan mata! Jadi hanya apabila dia membuka hatinya untuk kebenaran, barulah dia beroleh kebenaran.

Maka, kalau kita melihat para ahli sains yang telah menemui kebenaran Al-Quran melalui bukti-bukti sains, tetapi masih tegar tidak mahu menerima Islam.. jangan hairan kerana kebenaran memang tidak akan masuk ke dalam hati yang tidak bersedia untuknya.

Juga kalau ada orang yang sudah pun diajarkan dengan agama islam sehingga berbuih mulut, tetapi masih lagi tidak mahu meninggalkan rutin dosa dan maksiat.. masih mahu meninggalkan solat, masih mahu bergaul bebas sesama bukan muhrim, masih mahu berpakaian ketat, masih mahu mengumpat, jangan hairan kerana awal-awal lagi mereka sudah menutup pintu hati untuk kebenaran.

Malah sangat banyak kita mendengar kisah orang-orang yang bertukar agama kepada Islam, yang mana mereka ini bermula sebagai orang-orang yang mencari-cari kebenaran, lantas mereka mencuba segala jenis agama sehingga mereka menemukan Islam sebagai ad-deen terbaik.  Tidakkah jelas, mereka ini adalah orang-orang yang membuka hati untuk kebenaran, lalu Allah pun menghadiahkan kebenaran itu kepada mereka =)

Untuk kita yang tidak mahu memperbaiki diri sebagai hamba dan khalifah Allah dari hari ke sehari.. hati-hati! Kerana itu petanda hati kita tertutup untuk kebenaran!

Friday, 10 December 2010

Sarapan untuk hamba

Morning!!
Pagi masih muda lagi.. sekarang baru pukul 7.40 am. Tapi saya sudah ada banyak benda mahu cerita!! Owh sungguh tidak sabar mahu memuntahkan segala yang bermain-main bola sepak di dalam kepalaku ini..

Ok tanpa membuang masa mari mulakan.. Preeeeeettt!!

Cerita 1

Malam tadi saya dengan penuh semangat menghantar perutusan DiRaja kepada encik bos-bos, memohon dikurniakan perkerjaan supaya poket sentiasa terisi dihujung bulan. Dengan menggunakan perkhidmatan atuk broadbando yang semput-semput ini, tapi saya rasa website kerja itu yang lambat loading, akhirnya hampir pukul satu barulah saya dapat tidur. Takdelah lambat sangat, tapi kalau bercadang untuk bangun qiam, tidur pukul satu memang sangat lambat... pun begitu, saya masih  berharap agar dapat bangun.. dapatlah bangun.. dapatlah............ZZz.. ZZz..

5 pagi. Selalunya di waktu-waktu begini, seisi rumah akan dihiburkan dengan nyanyian-nyanyian mak cik-mak cik handphone yang perbagai rentak dan irama. Tapi, pagi tadi sunyi saja.. sebab tak ramai yang balik rumah. Ada yang tidur dirumah adik usrah, ada yang balik kampung, ada yang ke program.. macam-macamlah. Apa-apa pun, saya sudah terjaga pada waktu ini, dan sudah terfikir mahu qiam.. cuma... cuma..... cumanya...... "Ahh!! saya mahu tidur sekejap saja lagi, 5 minit sahaja.. 5 minit ...................." "Ziha, bangun solat subuh". Alamak!!!!!! sudah pukul 6am! Pergi sudah pahala-pahala qiam yang sudah pun sampai di depan mata tadi.. Huwaaaaaaaaaa!!

Sedih, bukan sekali, tapi banyak kali dah macam ni T_T.. Lepas ini saya perlu lebih tegas dengan diri sendiri. Tidur awal walaupun banyak kerja, bangun awal terus basuh muka.. jangan tarik selimut balik! 5 minit konon.. pirrrahh!

Cerita 2

Sewaktu dikejutkan subuh tadi, saya terhidu bau yang sangat enak menusuk kalbu.... bau apa? Nugget!! Wah, siapa yang rajin masak pagi-pagi ni.. nak puasa kot. Eh? Hari ini kan Sabtu, puasa apa? Dengan semangat nak nugget menyiasat kebenaran, saya pun menuruni anak tangga, terus ke dapur tanpa menoleh ke belakang lagi. Wah! Kak Un sedang ligat memasak. Bukan nugget sahaja, malah ada sedulang sandwich, ada kentang goreng, ada telur rebus..... WOW!!

"Untuk apa ni kak, masak banyak-banyak?"
"Owh, hari ini kan kitorang ada rehlah (picnic) dengan adik-adik usrah kitorang"
"Owh, haah baru ingat. Bestnya, nak ikut tapi saya ada planning lain hari ini"

"Kalau nak makan, ambillah"
"Err.. takpe2" Saya berlakon menolak-nolak ayam menyembunyikan keinginan rakus, naik atas semula, kemudian dalam masa yang sangat singkat, turun semula dan terus makan. Haha.. tak tahan, sangat tergoda dengan makanan-makanan itu. 

"Eh, ada RFC (Radix Fried Chicken) juga??"
"Haah, makanlah. Kak A'a beli kat Melaka semalam"
"Wah!"

Alhamdulillah.. Ya Allah, sebegitu banyak rezeki-MU.. tak sebanding dengan nilai amalku, terlalu kecil nilai syukurku T_T. Engkau masih tetap memberi jutaan nikmat, untuk diriku yang berdolak-dalik untuk qiam. Ya Allah, tolong jadikan aku hamba-Mu yang bersyukur, tidak kufur nikmat.. Ameeeeeenn! Lepas ini, berusaha lagi dan lagi untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik!

janjiku pada-Mu, abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya, Kau seru nyawaku
bersyukur hanya pada-Mu Tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
dan cinta-Mu bagai air ditandus sahara
buat ku melepaskan dahaga

tak kutemu dimanakah hentinya
rayuan taubat kepada-Mu



p/s: selesai anda membaca ini, tidakah anda berasa tajuk post ini sangat simbolik?? Renung-renungkan dan selamat beramal!

Sunday, 5 December 2010

Pa.Ma.

Today is 30 Nov.

This morning I reached office 10 minutes earliear, make a cup of nescafe added with coffee creamer for better taste and enjoy it while reading news paper. I turned the news from one page to another before I found a very lovely note from a father to his sons.. you can read it through this link.
Aww the note is so sweet!!

A friend once said "A child put a huge burden to his/her parents. A child needs money, attention, love, education, guidiance, protection, healthy food, so and so.. But why parents still love them?"

My mandarin teacher once said "It costs thousands to just deliver a baby", as she refer to Hospital fee for delivering a baby.

So much burden to be carried, but still, you and me were growing up with tons of love from mom and dad. Have you even wonder why the love exists after so much pain?

Because Allah give us this love, so parents love their child in whatever matters.

“Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan) kamu apa yang di langit dan di bumi dan meyempurnakan nikmat-Nya yang lahir dan batin untukmu.”
(Lukman: 20)

Kalau tidak kerana limpahan naluri kasih sayang yang Allah semai di hati si ibu dan si ayah, mungkin tiada ibu dan bapa yang sedia menjaga dan mendidik anak.

Bersyukurlah kepada Allah yang mengurniakan rasa sayang kepada anak dan sekelian kanak-kanak. Inilah bekal motivasi semulajadi dalam kita mendidik anak-anak. (Portal Anakku Sayang)


Then, what happen to the parents of thrown-away babies?? Did their wrong sins prevent them to have this love?