Kerana tiada yang mencerca
Saat kita mengucapkan syahadah
Kerana tiada yang mengamuk marah
Saat kita mengangkat takbir
Kerana tiada yang menyimbah najis
Saat kita menyembah sujud
Kerana tiada ibu yang membenci
Saat kita menzahirkan Al-Quran
Kerana tiada darah yang tertumpah
Saat kita menyebarkan hidayah
Kerana tiada nyawa yang melayang
Saat kita mencemuh kemungkaran
Kerana itu...
sirah Rasulullah
terdengar seperti fantasi
terlihat seperti tidak mencecah bumi nyata
Tidak! Bukan kerana sudah tidak relevan!
bahkan persis sekali
zaman kita dengan zaman Rasulullah
di Makkah
Jahiliyyah dimana-mana
Kepimpinan mengejar dunia
Nafsu dirajakan
Nafsu dirajakan
Kaya berkuasa
Miskin tertindas
Bezanya pada perjuangan
dakwah Rasulullah dan sahabat
yang membakar ego jahiliyyah
menggugat keagungan materialistik
menggegar tamadun keseronokan dunia
sehingga mendorong sang kuffar
mencerca
mengamuk marah
menyimbah najis
membenci anak
menumpah darah
menyerang membunuh
Ayuhlah para daie
Perkasakan perjuangan
Kita ingin sirah Rasulullah
Hidup kembali!