"Dalam dakwah, kita tak mampu untuk try and error. Dalam bidang perubatan , try and error akan membunuh manusia. Dalam bisnes, try and error akan merugikan dan membrankrupkan syarikat." Muharikah
Tersentap saat membaca ayat ini.
Tiga tahun di sekolah ini, di medan dakwah ini, sudah teramat banyak "error" yang saya lakukan. Dan teramat banyak juga 'try again".
Lalu hati menyedapkan "Tidak mengapa, aku belajar".
Ah, mudah benar!
"Dalam bidang perubatan , try and error akan membunuh manusia. Dalam bisnes, try and error akan merugikan dan membrankrupkan syarikat"
Dan dalam bidang pendidikan, try and error merosakkan generasi masa depan.
Allah! Allah! Astargfirullahal Adzim...
"Sesungguhnya sesiapa yang tidak dibantu dengan kefahaman yang jelas akan sentiasa berlegar dalam kesilapan dan di akan berpusing tempat yang sama."
Petikan Awaiq- Ahmad Ar RasyidYa, jalan keluarnya adalah meningkatkan kefahaman tentang jalan dakwah ini. Agar lelah dan penat adalah kerana usaha berhempas pulas, bukan hanya untuk sesuatu yang baik, tapi juga betul dan berhasil!
p/s: Ketika program-program yang dapat menambah faham sudah tidak ada, maka semakin banyak buku yang perlu dibaca!