Saturday, 15 March 2014

Wrong way!

Jalan jengket-jengket..
Pandang kanan, lepas tu kiri..
Takut ada lipas!!
Almaklumlah dah lama tak jenguk blog ini hehe..

*********

Pelajar saya ramai. Berbagai ragam dan karenah. Warna warni.
Kalau guna cara A untuk didik pelajar 1, ya mungkin berkesan. Dia berubah!
Tapi tidak semestinya sesuai untuk pelajar 2. Pelajar 2 mungkin akan memberontak dan bersikap lebih teruk!

Pening kepala!
Nampaknya saya perlu lengkapkan diri saya dengan pelbagai teknik untuk menyantuni pelbagai ragam pelajar saya.
Dan inilah sebabnya saya mula berjinak-jinak dengan psikologi.

*********

Dulu, waktu belajar bioteknologi.. saya memang didedahkan dengan teori evolusi darwin. Saya sangka bidang psikologi bersih daripada teori sesat ini.
Malangnya, tadi bila membelek buku asas psikologi, ternyata teori evolusi darwin adalah asas bagi semua teori psikologi yang ada!

Lahey, BB. (2009) Psychology: An Introduction
Anda tahu apa itu teori evolusi Darwin?

Secara ringkasnya Darwin mengatakan bahawa kita semua ini tiada pencipta. Tiada Tuhan. Tiada pemilik. Sebaliknya, teori Darwin ini menganggap bahawa semua makhluk diatas muka bumi ini berasal daripada satu spesis yang kemudiannya berevolusi menjadi berbagai makhluk seperti sekarang. Atau pun kalau anda pening sangat, anda pernah dengar teori yang mengatakan manusia daripada beruk?? Ahah! Teori Darwin la tu!

Wrong way!

Terpengaruh dengan teori yang menidakkan tuhan ini, pengasas awal teori psikologi seperti Willian James mengatakan bahawa semua aktiviti mental seperti berfikir, belajar, berperasaan dan lain-lain wujud kerana ia membantu kita untuk 'survive' dalam proses evolusi. Dengan kata lain, tiada siapa yang mencipta semua aktivit mental ini, tetapi ia wujud kerana kita memerlukannya!

Risaunya bila memikirkan bahawa pendidikan negara kita dibina dengan merujuk teori-teori psikologi ini. Malah sebelum ini pun saya sudah pelik dengan psikologi ini, kerana rata-rata teorinya dicetuskan oleh tokoh-tokoh yahudi atau mempunyai kaitan dengan yahudi! 


Saya cakap tendang, awak tendang ye!
Smell something bad......... isn't it?

Masih banyak lagi yang saya perlu tahu, tapi kalau hari ini kita serabut kenapa generasi didikan kita tidak menjadi seperti generasi didikan Ar-Rasul dulu.. saya rasa apa yang saya katakan di atas ada kaitannya.

Ayuhlah! bersama gerakkan perubahan!

Friday, 10 January 2014

Drawing a Sunshine

Tahun ini saya mengajar subjek Sirah Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.
Ajar adik-adik kecil. Tidak seperti tahun-tahun lepas, ajar yang besar-besar.

9 Januari 2014

Saya masuk mengajar kelas Tingkatan 1.

"Siapa baca teks mukasurat 5 sampai 8 macam yang cilgu suruh?"

Hanya tiga orang yang angkat tangan.

"Sibuk cikgu, basuh baju banyak"
"Tak sempat cikgu, malam tidak ada prep"
"Belum baca, banyak kerja sekolah lain. Baru siap Matematik"
"Tak ada buku cikgu, tak boleh baca"
"Terlupa la cikgu"

Haiya, baru minggu pertama sudah gagal menyiapkan tugasan.

"Kamu menyebabkan cikgu tidak boleh mengajar seperti yang cikgu rancang. Siapa yang salah?"
"Kami...."
"Tau pun, jadi sekarang cikgu nak kamu buat akujanji, supaya perkara seperti hari ini tidak berlaku lagi"
"Baik...."

Saya menulis teks akujanji di papan putih. Semua pelajar menyalinnya di buku tulis masing-masing. Saya ingatkan mereka, janji mesti ditepati =)

Tiba-tiba ada seorang pelajar bertanya...
"Cikgu, nak salin akujanji ni berapa kali?"
"Sekali sahaja, tapi kalau kamu tanya lagi, kamu kena salin dua kali, dan kalau lepas tu kamu tanya lagi, kamu kena salin 10 kali"
"Owh , baik" dan mulutnya masih ramah berbicara itu ini sehingga akhirnya dia, saya yakin tanpa disengajakan, bertanya lagi...
"Cikgu, sekali je kan?"
"Kamu sudah tanya 2 kali, jadi kamu kena salin 2 kali"
"Alamak, tersilap tanya". Kawan-kawannya sudah ada yang tergelak-gelak.
Masa berlalu sambil saya menunggu mereka menyiapkan akujanji masing-masing.
Tiba-tiba yang si ramah-tamah tadi bertanya lagi...
"Cikgu, 2 kali je kan?"
"Ini kali ketiga kamu bertanya, jadi kamu kena salin 10 kali!"
"Alamak... tersilap tanya lagi. Please la cikgu, 2 kali je la eh.. ok?"
Haishh pelajar ini.. nak marah pun jadi tergelak-gelak.

Tepat 3.30 petang, saya benarkan semua orang keluar kelas selepas menghantar akujanji masing-masing kepada saya. Pelajar ramah-tamah tadi paling akhir meninggalkan kelas, kerana menyalin akujanji 2 kali.

Comel sekali =)
Very Innoncent.
Ini kain putih yang saya perlu corakkan.
Ditangan saya, apa warna yang ada?

Ya Allah, bimbinglah diriku ini.


Reflection

1 Januari 2014

Kawasan sekolah tiba-tiba dipenuhi ramai orang.
Berbeza sekali dengan semalam.

Hari ini pelajar saya mendaftar masuk.
Suasana sekolah berubah hingar bingar.

Saya jadi pening sekejap.
Saya belum bersedia menjadi Murobbi mereka.

                              *****
2014

Super-duper sibuk.
Sibuk dengan mesyuarat-mesyuarat.
Sibuk dengan tugasan sekolah.
Sibuk dengan peperiksaan Master.
Sibuk dengan pindah rumah.

Stress!

                              *****

Pelajar saya menyapa saya.
Itu mutarabbi saya, anak didik saya.
Sapaannya saya balas. Tapi hanya itu.
Terasa tiada mutiara yang dapat dikongsi bersama.
Kerana hati terasa kosong.

Ya Allah, Ya Rabbi
Sesungguhnya pada segala kesibukanku ini
Ku cuba niatkan keranaMu
Namun saat ia mengalihkanku dariMu...
... Ahh

Wahai diri,
berhenti sekejaplah dari kesibukan
Hatimu itu bersihkan betul-betul
agar solatmu didepan Allah
Khusyuk tidak diganggu dunia

Wahai diri,
berhenti sekejaplah dari kesibukan
Hatimu itu bersihkan betul-betul
agar niatmu kepada Allah
Ikhlas tidak diganggu dunia

Moga Allah berkenan membimbingku ke syurga.
Moga kesibukan ini bernilai disisiNya!

Sunday, 29 December 2013

Wow, untung saudara!

Seorang saudara diejek dengan dahsyat.
Kerana dakwahnya.

Wow, untung saudara!
Kerana memang seperti itukan dakwah ini?
Memanaskan telinga bagi yang tidak mahu mendengar
Menyakitkan mata bagi yang tidak mahu melihat
Menyesakkan dada bagi yang tidak mahu memahami

Jadi apa perlunya bersedih
Saat dakwah ini mendatangkan ejekan dan nista
Itu maknanya dakwah ini sudah sampai ke banyak telinga
Bukan hanya didengar oleh orang-orang baik sahaja
Untunglah saudara!
Wow!!

Saya teringat saudara
Tentang Rasullullah, cinta kita
Sejak dari mula dakwah baginda
Kan tidak pernah sunyi
Dengan ejekan dan nista
Malah diugut bunuh
Dibaling najis
Diboikot
Dan banyak lagi

Maka siapa kita
Untuk sentiasa mengharap
Agar dakwah kita
Ditaburi puji dan sorak?

Saudara, mari contohi Rasulullah
Sabar dan teruskan dakwah ini
Jangan mengalah kerana ujian ini
Jangan berundur hanya kerana ujian ini
Jangan berhenti hanya kerana ujian ini
Jangan marah-marah
Berlapang dadalah selalu
Pelangi… kan selalu ada selepas hujan? =)

Sunday, 20 October 2013

Mana satu cikgu?

Tadi alhamdulillah ada masa sikit dapatlah baca buku sekejap. Kali ini saya baca buku pasal cikgu-cikgi  since I'm a teacher. 

Baca punya baca, then saya jumpa ayat ni...

Ayat yang di'highlight' tu

Bila baca je ayat ini, tiba-tiba saya terfikir...

"Eh mana satu yang sepatutnya diutamakan? Mengajar silibus akademik ke, memperbaiki akhlak ke?"

"Kalau saya cuma ada masa 15 minit dan saya  perlu pilih sama ada nak gunakan masa itu untuk habiskan silibus Matematik bab 13 yang masih belum sempat diajar lagi walaupun esok dah SPM dan soalan Bab 13 confirm masuk. ATAU, saya nak gunakan masa tu untuk slow-talk dengan pelajar saya yang walaupun esok dah nak SPM, lepas tu confirm keluar sekolah kan, tapi masih tidak pandai hormat orang yang lebih tua"

Kalau saya cuma ada 15 minit tu je untuk pelajar saya, lepas 15 minit memang tidak akan berjumpa lagi, mana satu yang saya nak pilih?

Saya akan pilih yang kedua. Sebab pelajar saya tetap boleh berjaya walaupun gagal Matematik SPM tapi pasti akan dibuang kerja sana-sini kalau tidak pandai  hormat orang tua, dia pasti akan disisih masyarat dan kalau itu terjadi, bagaimana dia mahu melaksanakan tugasnya sebagai abid dan khalifah Allah?

Jadi kesimpulannya, saya rasa saya tak berapa setujulah dengan ayat di atas. Haha suka hati je.

Bagi yang akan, sedang atau telah baca buku tu, hati-hati ye, jangan terima bulat-bulat apa yang anda baca. Fikir dulu =)

Yang besar-besar

Di dalam sekolah yang ada pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5, saya selalu memilih untuk bercakap hal-hal besar kepada yang sudah besar-besar juga. Heh.. I mean to those in form 4 and form 5.

Hal-hal besar? Hmm contohnya kenapa kita diciptakan, apa tujuan sebenar Allah ciptakan kita, kenapa silibus pelajaran kita nampak macam sekular, apa neraca kita untuk pilih hala tuju hidup dan sebagainya...

Dan selepas bercakap hal-hal besar tersebut pung pang pung pang... tentunya saya meletakkan harapan yang besar-besar juga pada mereka. Saya mahu mereka jadi daie dan guru. Atau jadi daie dan tentera. Atau daie dan doktor. Atau daie dan businessman. Atau daie dan housewife. Atau daie dan pensyarah. Atau daie dan peniaga pasar malam. Pendek kata, saya mahu mereka jadi daie!

Untuk mereka, saya beri fokus yang lebih. Kerana harapan saya  kepada mereka besar!

Lalu yang si adik-adik kecil itu... saya ajar biasa-biasa saja. Cukup sekadar apa yang di dalam buku teks. Tidak sepenuh keringat mendidik dan membimbing. Kerana pada pandangan saya, mereka ini kecil lagi. Belum matang lagi. Belum mampu lagi untuk memikirkan hal yang besar-besar. Belum layak lagi untuk menggalas tanggungjawab yang berat-berat.

But wait.. think again please...

Bukankah pepatah ada mengatakan melentur buluh biar dari rebungnya? Masih lembut, mudah dilentur ke kiri dan kanan?

Bukankah Rasulullah dulu mengajar islam yang syumul itu pada Anas bin Malek, seawal usia Anas baru mencecah 10 tahun. Sehingga si unais itu akhirnya membesar menjadi antara yang terbanyak meriwayatkan hadis Rasulullah.

Maka atas dasar apa saya membina persepsi saya? 

Saya rasa saya patut berubah la kan? Hmm 

Monday, 7 October 2013

Marah - Apa akhirnya?

Kumpul angin dalam mulut. Penuh-penuh sampai kembung mulut. Hembuskan sekuat hati "Ffuuuuhhhh!!!" Ha baru puas hati. Lama banget tak update blog. Habuk sudah setebal lima inci "Huk! Huk!"

Banyak sebenarnya nak cerita.. jom dengar cerita hehehe...

Cerita 1

Sabtu lepas ada sekolah ganti. Tapi saya tidak hadir kerana perlu menghadiri kelas master di UPSI. Saya tinggalkan pesanan kepada guru ganti, minta pelajar menyiapkan latihan yang saya telah sediakan.

Hari ini Isnin. Guru ganti tadi melaporkan perihal pelajar saya sepanjang ketiadaan saya.

"Masuk kelas lambat"
"Sudah diberi arahan tapi lambat-lambat baru ambil kertas soalan dan buat"
"Langsung tidak serius dan tidak menunjukkan minat dan komitmen"

Terbakar hati.

Masuk saja kelas tersebut, saya terus menghamburkan rasa hati.

"Siapa yang sudah siapkan latihan yang cikgu beri?"
 Tiada seorang pun.

"Sampai bila kamu semua mahu begini? Bila mahu serius?"
 Diam tiada respons.

"Cikgu harap kamu semua fikirlah semula, sekarang sudah tingkatan 4, tidak lama lagi akan jadi tingkatan 5, kalau begini bagaimana mahu jadi pemimpin kepada adik-adik junior?"

Berhenti setakat itu. saya memang tidak suka membebel lama-lama.
 "Ok sekarang gunakan masa ini, siapkan latihan itu sampai habis"

Arahan diterima. Semua kelihatannya berusaha menjawab soalan latihan.
Saya minta mereka bertanya pada saya sekiranya tidak faham. Apabila mereka bertanya, saya jawab baik-baik, sedaya upaya menghilangkan marah-marah tadi.

Di akhir kelas saya edarkan borang maklum balas untuk sepanjang setahun saya mengajar mereka. Memang dari minggu lepas lagi saya sudah rancang untuk edarkan borang tersebut hari ini. Tapi terlupa pula tadi saya marah-marah. Mesti pelajar saya balas balik dalam borang itu. Huhu.

Balik dari kelas, duduk elok-elok dalam bilik guru. Baca satu-satu maklum balas pelajar. Sah! Ramai tidak puas hati saya marah-marah, garang-garang!

Cerita 2

Saya masuk ke dalam kelas tadi dengan wajah mencuka.

Kelas dengan dimulakan dengan bebelan marah-marah.

“Cikgu bagi masa kamu tidak gunakan dengan baik!”

“Cikgu suruh hantar latihan, kamu simpan buat pekasam!”

Nasib baik saya bukan jenis yang ‘pandai’ berleter. Sekejap sahaja saya sudah habis idea untuk membebel lagi.

Diam.

Kemudian terus mengajar silibus yang sepatutnya dihabiskan.

Tapi marah itu masih ada, tidak hilang. Dada terasa sempit. Mengajar pun menjadi huru hara, tidak teratur seperti selalu.

Saya pandang pelajar. “Mak aii, semua muka stress!”.

Kelas hari ini langsung tidak seronok.

Habis cerita... 

Marah-marah selalu tidak menyelesaikan masalah... kan?
Orang yang kena marah selalu akan rasa tidak bersalah, tidak perlu perbaiki diri.
Jadi orang marah tu lagi naik hantu la kan sebab tak nampak penambahbaikan pun..

Ke mana hujungnya???
Semua orang TIDAK PUAS HATI.

So the conclusion is... getting angry will lead you to no solution!