Thursday, 27 January 2011

Ujian besar

Fikir, fikir!
Ahhh tak dapat aaahhh!!
Fikir lagi, fikir!!
@#$%^&*
@#$%^&*&^%$
Aaahhh tak dapat lahhhh!!
Tak boleh macam tu, fikir lagi! Lagi!!
Ahaaa, dapat-dapat!!
Yes-yes, dah dapat idea! Boleh update blog!
Alamak.. stuck tengah jalan aaahhh
Intro dah gempak dah
tapi takde idea nak sambung
haishhhhhh fikir, fikir!
fikir lagi! Lagi!
@#$%^&*
@#$%^&*&^%#$
Ahaaa tau dah nak sambung apa
Yes-yes, boleh update blog!
Tapi.....................ala.....
takde mood nak menulis la sekarang!!
Cube tulis, cube lagi!
Tak boleh, tak boleh!
Idea ada, tapi tak boleh nak tulis! Takde mood..
Haishhhh!!! Ishhhh! Aaaahhhh!!
Aaaarggghhhh!!

Sabar-sabar
bertenang
jangan bertendang
tarik nafas.. hmmmmm
hembus.. fuuuhhhh! puh! puh!
Haa lega sikit =)

Kawan-kawan nak tahu?
Ini lah ujian besar
yang sedang menghempap
pemilik blog ini..
siapa??
shhhh a secret make a woman woman
hehe


semoga Allah juga yang dicari semasa susah dan senang
lantas membersihkan bumi dari dicemari manusia bongkak atau manusia putus asa

Monday, 17 January 2011

Agar kau berlari lebih laju!

saat kau ingin berlari
ke Cintamu yang Maha Tinggi
tiba-tiba kau terjatuh
ke lautan pujian dan sanjungan manusia
kiri kananmu tak nampak daratan

jangan lemas
nanti kau hanyut ke lembah riya'
akhirnya kau ketagihan 
pada puji dan sanjungan mereka
ikhlasmu hilang
larianmu tersasar jauh

dan jangan gusar
andai tak mampu berenang ke darat
kau selamilah lautan itu
bawalah doa sebagai senjata
melawan piranha syaitan yang menghasut
terus selamlah hingga ke dasar

di dasar
lautan pujian dan sanjungan manusia
kalau kau mencari dengan sebenar ikhlas
pasti kau akan temui
tiram mutiara
dan itulah potensi dirimu, kelebihanmu

keluarkanlah mutiara
yang lama tersembunyi dalam cengkerang tiram
bersihkan dan gilaplah ia dengan bersungguh
pasti kerlipannya akan menyinari jalanmu
lantas menambah halaju larianmu
menuju ke Cintamu yang Maha Agung!


jangan pernah menghentikan larianmu kerana batu yang menghalang jalanmu

Thursday, 13 January 2011

KITA yang ceria!

Pagi itu selesai solat Subuh dan membaca mathurat beramai-ramai, kami dihidangkan dengan kisah yang cukup menyentuh hati, kisah Abdullah bin Abbas. Ini kali pertama saya mendengar kisah ini, dan kisahnya cukup menarik sehingga mata yang mengantuk ditahan-tahankan juga agar tidak tertutup. Hei.. dengar cerita best pun ngantuk.. geleng kepala. Tapi betul, memang best! Sayangnya, saya pun sudah lupa kisahnya.. mungkin kerana mendengar dengan mengatuk.. yang masih tetap melekat diingatan hanya perasaannya sahaja.. BEST!

Saat cerita Abdullah bin Abbas itu menemui penamatnya, kantuk saya memang tidak boleh ditahan-tahan lagi. Kakak yang mengendalikan majlis itu pun berkata "Ok lepas ni adalah masa khidmat diri. Siapa nak mandi ke, terjun kolam ke dipersilakan. Kita akan start pengisisan jam 8.30 pagi insyaAllah". Yeah, khidmat diri itu beerti saya boleh tidur! Apa lagi, saya terus menuju ke satu sudut ruang itu dan mencapai bantal yang memang ada di situ. Dengan telekung yang masih dibadan, saya terus berbaring.. bersedia untuk tidur! Tak sempat dah nak buka telekung hehe.

Tiba-tiba, saya terasa seseorang menghamparkan selimut ke atas badan saya. Selimut itu dihampar menutupi kepala saya sehingga memaksa saya untuk menangguhkan tidur saya sebentar. Sahabat yang menghampar selimut tadi menarik selimut tersebut ke bawah agar menutupi kaki saya pula. Kemudian, ditarik kembali ke atas menutupi kepala dan mendedahkan kaki. Begitu beberapa kali. Kemudian dia berkata, "Eh2, macam Mus'ab bin Umair lah, tarik atas nampak kaki, tarik bawah nampak kepala". Haha.. berderai ketawa kami dengan jenakanya.

Berbekas di hati

Ia hanya jenaka. Tetapi sangat berbekas di hati saya. Entah kenapa saya terasa seperti mengulang zaman sahabat-sahabat Nabi, yang mana mereka juga berjenaka dan begurau, tapi masih dalam batasan perkara baik, tidak menipu, mencarut atau lucah.. dan paling penting, jenaka mereka masih tetap berunsur nasihat dan peringatan. Ya, mungkin keterlaluan untuk merasa seperti zaman sahabat-sahabat yang tentunya lebih hebat.. tapi tetap kenangan ini sangat indah. Hanya saja bila kau merasai sendiri betapa indahnya setiap saat bersama mereka yang memahami dakwah dan tarbiyyah =)


p/s: kalau tak faham apa yang dimaksudkan dengan "macam Mus'ab bin Umair", anda kenalah baca dahulu kisah beliau hehe.. best!

Monday, 10 January 2011

Baby Hatch: Bijak atau ... ??

Minggu lepas alhamdulillah saya dapat pulang ke Perak menjenguk keluarga. Seperti biasa apabila pulang ke Perak sekali sekala, saya akan memunggah segala surat khabar didalam rumah untuk dibaca, termasuk yang ibu saya sudah letak didapur untuk digunakan ketika memotong sayur. Al-maklumlah kalau di KL ni malas benar mahu membeli sendiri surat khabar, terasa tak terbaloi kerana setiap hari ceritanya sama cuma berbeza tempat dan watak. Lagi-lagi kes buang bayi, curah asid, kemalangan, dan pergaduhan politik yang memualkan. Lagi pula, kalau di perak ada Sinar Harian versi Perak, sukalah news ni sebab diorang nampak neutral, tak pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Suci tanpa debu heheh..

Punggah punya punggah, saya terjumpa satu artikel yang sangat mengejutkan. Aduhai, saya sangat tidak sangka tahap 'tidak tahu' kita sudah sampai ke tahap kronik. Anda tahu artikel apa? Cuba teka..
Ahh tidak mengapalah, saya pun hilang selera untuk berteka-teki bila berbicara soal ini.. soal apa? ok anda tidak perlu teka.. biar saya jawab sendiri.. Artikel itu tentang pusat perlindungan bayi (Baby Hatch) yang dilancarkan di Hospital Pakar Ipoh (ISH).  

Langkah meletakkan bayi di Pusat Perlindungan Bayi. Jangan risau, identiti si penghantar tidak akan terdedah (apekah?? seperti menggalakkan penzinaan!)
Saya melihat isu ini seperti sepohon pokok tua yang besar yang akarnya sudah diserang virus perosak. Akibatnya, akar pokok tersebut mereput sedikit demi sedikit, sehingga akhirnya ia sudah tidak mampu lagi mendokong batang pokok yang tinggi menjulang langit. Maka, pokok yang dulu gah berdiri tegak kebanggaan penduduk Kampung Pinang Sebatang kini mula condong ala-ala Menara Condong Teluk Intan. Semakin hari semakin condong apa lagi kalau ditiup angin ribut taufan yang selalu bertandang ke kampung itu. Penduduk Kampung Pinang Sebatang mula cuak. Mereka tahu, kalau pokok ini tumbang alamatnya runtuhlah rumah serta reban ayam mereka. Malah, nyawa mereka juga boleh melayang.

Mensyuarat gempar diadakan bersama Tok Penghulu Kampung, penyelasaian harus dicari secepat mungkin sebelum nasi menjadi kerak. Akhirnya mereka sepakat untuk memotong dahan-dahan pokok itu sedikit demi sedikit, supaya impak akibat tumbangnya pokok besar itu berkurangan. Fikir mereka, kalau dahan-dahan pokok ini dipotong, sekurang-kurang hanya dapur rumah mereka sahaja yang akan dihempap pokok, bukan seluruh rumah..

Ok sekarang dengan otak anda yang geliga itu, beritahu saya samaada penyelesaian seperti adalah bijak atau b***h?? Sila jujur, siapa tipu dosa tau, mati seksa!

Bagi saya, penyelesaian yang bijak adalah apabila ia cuba mengatasi masalah dengan menghapuskan punca sebenar masalah yang menjadi akar umbi kepada masalah utama atau masalah pokok. Hanya dengan menghapuskan atau memulihkan akar, maka pokok akan tumbuh tinggi sihat walafiat. Sebaliknya, solusi baby hatch ini di mata saya seperti hanya mengurangkan, bukan menyelesaikan pun, masalah ranting yang bercambah daripada masalah pokok yang semakin bermaharajalela. Maka antara dua, bijak atau b***h, anda pasti tahu yang mana satu pilihan saya kan?? Anda memang pandai, give a big clap!

Masalah pokok dalam isu ini telah pun di"highlight"kan di sini. Melalui link ini telah ditegaskan bahawa langkah penyelesaian harus bermula dengan menaikkan pimpinan islam yang sekaligus menghapuskan punca akar umbi masalah pokok. Kemudian, melalui sistem pimpinan yang benar-benar islam ini, terlaksanalah sistem islam yang akan membasmi masalah sosial dengan jayanya seperti yang telah dibuktikan melalui sejarah. Kemudian, barulah difikirkan samaada sistem baby hatch ini perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan bayi-bayi yang malang.

Malah seperti kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria,  yang menyokong penubuhan Baby Hatch ini "Bayi yang tidak lagi diingini mesti diselamatkan, manakala ibu bapa bayi berkenaan harus dikenakan tindakan yang keras supaya memberi pengajaran kepada orang lain" (Dipetik dari sini), jelas menunjukkan bahawa suatu sistem yang betul-betul membasmi masalah sosial yang membarah dalam masyarakat harus diwujudkan.

Maka kesimpulannya, prioriti penyelesaian yang teratas adalah mewujudkan kepimpinan islam, kemudian melaksanakan hukum islam, dan kemudian barulah penubuhan baby hatch. Dipetik dari sini:

Ketika ini, tindakan yang perlu diambil ialah :

1. Menggabungkan diri bersama gerakan Islam.
2. Memperjuangkan pimpinan yang melaksanakan Islam.
3. Mencegah kemungkaran dan menegak kemakrufan.
4. Menubuhkan Pusat Penjagaan Bayi di bawah Islam.

Kesemua ini tidak bertembung di antara satu sama lain. Maka lakukanlah ia sekaligus. Iaitu melaksanakan keempat-empat perkara ini tanpa mengabaikan salah satu darinya kerana keempat-empatnya adalah penting.

Wednesday, 5 January 2011

Tuesday, 28 December 2010

Di bawah langit bintulu

Langit Bintulu
di bawah langit Bintulu
ada aku datang menumpang
bawa islam untuk dikongsi
bawa cinta untuk berukhuwwah
bawa hati untuk belajar

di bawah langit Bintulu
nun tinggi di atas kepala
tinggi lagi cita-citaku
pendorong musafirku
mahu Allah redha padaku

Alhamdulillah..peluang untuk merebut redha Allah itu selalu datang bergolek di depan mata. Kali ini peluang datang jauh dari Bintulu, katanya di sana ada yang mahu mendengar kisah gunung terbelah dua di puncak. Oppss jangan keliru, ini bukan kisah dua bukit santubong dan sejenjang ya! No! No! 

Arakian pada pagi krismas, bermusafirlah tiga cik Siti ke bumi Bintulu mahu bercerita. Secara peribadi, persediaan saya tidaklah sesempurna mana. Awalnya, saya merancang untuk mewakafkan satu minggu bertapa dirumah bagi membolehkan saya membuat persediaan untuk bercerita. Malangnya, ia tidak terjadi mengikut perancangan kerana boleh dikatakan setiap hari dalam minggu tersebut saya keluar rumah. Adei, mimpi sunnguh mahu bertapa. Begitulah Allah merancang =).

Ketibaan kami disambut oleh cik siti juga.. berapa banyak siti daaa... Kami dijamukan dengan nasi lemak masak sendiri oleh kak L. Owh sungguh sedap apatah lagi kami memang sangat lapar sebab flight kami awal pagi, jadi tak sempat sarapan. Dalam flight pula bau makanan macam-macam, sate la nasi lemak la..huhu sungguh menguji kesabaran. Alhamdulillah perut sudah kenyang, sekarang masa untuk bekerja.

Kami ke sebuah sekolah, tempat kami akan bercerita. Para pendengar rata-ratanya lebih tua daripada kami, dan ini membuatkan kami cuak. Mana tidaknya, biasanya kami bercerita dengan gaya-gaya tidak matured kerana audience adalah adik-adik remaja. Malah, kami juga selalu menggunakan bahasa-bahasa rekaan sendiri bagi menghidupkan suasana best. Tapi sekarang kebiasaan kami itu tidak boleh digunakan pakai, memandangkan mereka lebih matang dan sukar untuk faham bahasa semenanjung yang tidak baku.

 
Apapun perjuangan diteruskan juga. Walaupun sepanjang bercerita kami terpaksa berlawan dengan suara kanak-kanak bermain yang nyata mengatasi suara kami, tapi alhamdulillah cerita berjaya disampaikan hingga ke akhirnya. Namun, kami tidak dapat mengagak tahap kefahaman para pendengar kerana kesuntukan masa untuk berdiskusi dan keterbatasan maklumat dalam borang 'feedback'. Apapun Allah jualah tempat kami berserah setelah membuat yang terbaik. Dia yang memberi kefahaman, semoga Dia memberi kefahaman yang sebenar kepada kami semua.

Selesai sesi bercerita,kami dibawa pusing-pusing Bintulu. Ada Pantai Temasya Bintulu, ada pub (opps ini pasar utama bintulu ya), ada kek lapis, ada kilang petronas dan shell.. dan macam-macam lagi. Bangunan disini warna-warni, tidak seperti disemenanjung yang selalunya terbatas kepada warna-warna lembut. Disini, warna terang dan gelap juga menjadi pilihan untuk rumah dan bangunan-bangunan lain. Cantik! Tapi kami hanya sempat lalu sahaja, tidak berhenti pun memandangkan maghrib sudah hampir masuk. Maghrib disini masuk pada pukul 6 lebih.

warna-warni kan? ini baru pintu.
Malam itu, kami berkongsi cerita Mus'ab bin Umair dengan adik-adik lepasan SPM. Adik-adik ni sangat malu dengan kami sehingga kami tidak tahu bagaimana mahu bersembang dengan mereka. Tapi, meskipun selalu diam tak bersuara, mereka berusaha keras untuk  mendengar cerita dengan suara saya yang dengar tak dengar ini, Minta maaf, saya pun tidak faham kenapa tiba-tiba suara saya jadi perlahan, sehingga adik-adik terpaksa terbongkok-bongkok mahu merapatkan telinga huhu. Berdasarkan cerita itu, cik-cik Siti yang lain berkongsi nasihat dan peringatan agar hidup ini sentiasa tidak lari dari redha Allah, biarpun disibukkan dengan tugas sebagai pelajar, anak dsb.

Esoknya kami ke masjid pula untuk bercerita lagi, tetapi dengan audience yang berbeza. Kali ini lebih mencabar kerana audience kami terdiri dari adik-adik 12 tahun hingga mak cik- mak cik 30-an. Aduh besar sungguh jarak umur. Mahu bercerita dengan details supaya si kecil 12 tahun itu faham, takut nanti yang sudah besar ini bosan pula. Mahu bercerita laju dengan penerangan tahap tinggi, takut yang si kecil ini pening pula. Akhirnya, kami berserah saja pada Allah.. semoga Dia memberi kefahaman yang sebenar.


Habis bercerita, para peserta diminta duduk dalam kumpulan unutk sesi perbincangan. Sesi ini sangat penting untuk menguji tahap kefahaman masing-masing terhadap cerita tadi. Melalui sesi ini saya sedar bahawa yang si kecil-kecil ini susah memahami bahasa semenanjung! Penerangan saya terpaksa diterjemahkan oleh fasi dari sarawak. Setelah diterjemah, mereka dengan mudah mengangguk tanda faham..huhu T_T. Tapi disebabkan ini juga saya mampu berbahasa sarawak sikit hahah.

Malam itu kami melawat ummu tasnim. Rasanya baru saja melihat Tasnim sewaktu baru dilahirkan.. sekarang sudah temban gedebam! Alhamdulillah semoga membesar menjadi serikandi islam. Esoknya, kami pulang selepas melawat rumah panjang dengan menaiki kereta yang rasanya tidak ubah seperti menunggang kuda!

Misi kami ini membuka kepada banyak misi lain. Semoga dakwah dan tarbiyyah semakin subur di serata dunia. Sesungguhnya kami adalah hamba-hamba Allah yang mengejar redha-Nya, Allah jualah yang menentukan naik turun islam akan datang =)

Monday, 20 December 2010

Broadbando Celcomacio

Sejak semalam coverage Celcom terganggu entah apa sebabnya, sehingga menyebabkan para pengguna Celcom yang setia seperti saya tidak dapat menggunakan handphone dan Broadbando Celcomacia mereka. Sehingga pagi ini, Celcom masih lagi membuatkan penguna setianya ini tertekan!! Haish.. terpaksalah saya menulis post ini di dalam Microsoft Word terlebih dahulu, walaupun disisi saya terdapat tiga biji Broadbando Celcomacio!!

Tiga biji Broadbando Celcomacio bergambar dengan penuh gaya, dari kiri, Kak Siti's, Saya's dan Kak Nora's
Tanpa coverage, tiga biji Broadbando Celcomacia tidak ubah seperti tiga batang plastik yang langsung tidak berguna untuk melayari internet, membaca email, meng-update facebook apatah lagi mengutus post baru di blog heartysays..

Tanpa minyak petrol, sebuah kereta Mercedes yang gah dengan rekabentuknya, sunnguh bergaya dengan warna hitam menawan, tidak ubah seperti besi buruk yang langsung tidak dapat membawa tuannya ke mana-mana hatta ke kedai makan depan rumah sekalipun.

Tanpa iman dan taqwa, seorang manusia yang diciptakan Tuhannya sebagai sebaik-baik makhluk, tidak ubah seperti binatang bahkan lebih teruk lagi, yang hidup semata-mata untuk memuaskan nafsunya tanpa sedikit pun bermanfaat kepada dunia dan seluruh isinya.