Wednesday, 28 July 2010

Saya mahu yang terbaik!


Dahulu
ketika masih bergelar siswi
ketika dihempap dengan segunung 'assignments'
ketika dihimpit dengan kekangan masa
ketika dipeningkan dengan pelbagai teori baru
saya menjadi sangat tidak sabar
untuk mengakhiri hari-hari tersebut..
sehingga akhirnya matahari terbenam juga
dan kini saya bergelar graduan
Alhamdulillah..

Matahari muncul lagi
memberi saya hari-hari baru
tapi berbanding dahulu
setiap nafas yang terhela kini
dipenuhi sejuta keresahan
tentang wang
tentang masa depan
tentang keluarga
tentang sahabat
tentang tarbiyyah
tentang keupayaan diri
tentang rumah
tentang kerja
tentang itu..
tentang ini..

Akhirnya saya sesak nafas
hilang mood
hilang selera
hilang fokus
hilang semangat
sehingga hari-hari kini
terasa berlalu tanpa makna..

Sungguh!
Saya perlukan panduan
untuk memilih yang terbaik
saya perlukan kekuatan
untuk memilih yang terbaik
untuk hidup saya di dunia dan akhirat..

Dan sungguh
Yang terbaik itu adalah
yang diredhai Allah!

No comments:

Post a Comment