Tuesday, 9 November 2010

Cerita Jaulah Mahabbah Part 1


"Wahai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu bermasyarakat dan berpuak-puak, agar kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya yang termulia daripada kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling tinggi takwanya."
(Surah al-Hujurat 49:12)
 
Alhamdulillah.
Allah izinkan saya dan 19 sahabat berkunjung ke pahang dan terengganu pada hujung minggu yang lalu.

Subhanallah.
Kunjungan kami disambut penuh mesra dan kasih sayang, sehingga menerbitkan rasa terharu yang bukan sedikit di hati kami.

Allahuakbar.
Ramai lagi rupanya orang-orang yang sama-sama berjuang untuk Islam. Banyak mutiara ilmu yang dapat dikutip dan dikongsi buat bekalan untuk perjuangan yang masih panjang.

Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar.
Inilah cerita saya sepanjang JAULAH (rombongan) MAHABBAH PANTAI TIMUR (5-7 OKT 2010)
 
~pra-jaulah~

Jujurnya saya tidak sempat membuat sebarang persiapan awal untuk jaulah ini. Segalanya disiapkan disaat akhir.

Ini cerita baju.
Malam khamis (4 Okt), para peserta diminta berkumpul di rumah seorang sahabat di Gombak bagi memudahkan perjalanan keesokan paginya. Tapi saya tidak mempunyai satu baju bersih pun untuk dibawa ke jaulah. Al-maklumlah, koleksi baju saya di KL ni sangat terhad, yang lain semua di perak.. huhu. Jadi, selepas balik kerja dan solat maghrib, bermulalah operasi saya membasuh baju express.. hehe.  

Saya harus pergi ke Gombak bersama dengan seorang housemate, Kak A. Sepatutnya Kak A pun turut serta dalam jaulah ini, malah dari segi persiapan, Kak A memang telah bersiap sedia. Malangnya bebanan kerja memaksa beliau untuk membatalkan penyertaan.Tak pe kak, Allah tahu ape yang terbaik.. =). Apa pun, kereta Kak A tetap meyertai jaulah kami! Jadi Kak A ke Gombak untuk menghantar saya dan kereta .. hehe jazakillah.

Tapi, proses membasuh baju saya memakan masa berjam-jam sehingga pukul 10 malam (standard la bagi saya yang tidak cekap ni). Kasihan Kak A terpaksa menunggu saya, tapi beliau dengan relaks berkata "Tak pe, akak tunggu sampai awak siap. Kalau akak mengantuk, akak tidur la dulu".....Jazakillah ukhti!

Ini cerita baju lagi.
Memandangkan koleksi baju saya seperti tidak mencukupi untuk dibawa ke jaulah, Kak A menawarkan bajunya untuk dipinjam. Oleh kerana saiz badan kami jauh berbeza, beliau berusaha mencari baju yang paling sesuai untuk diberi pinjam.. Akhirnya saya pinjam satu baju kak A =) ....again jazakillah.

Ini cerita tugasan pra-jaulah.
Para peserta jaulah diminta untuk menghafaz Juz Amma dan membaca kisah seorang sahabat Rasulullah.
"Alamak Kak A, saya tak baca lagi kisah sahabat tu"
"Tak pe, sementara akak tunggu awak basuh baju ni, biar akak baca kan untuk awak. Nanti akak cerita"
"Ye ke.. terharunya"

*lepas ni saya perlu menggunakan masa dengan lebih efektif supaya lebih banyak kerja dapat diselesaikan dalam masa sehari. Jadi tiada istilah tidak sempat.

Ini cerita sepanjang perjalanan ke Gombak.
Kami berdua memang tidak tahu arah jalan menuju ke rumah sahabat di Gombak tersebut. Jadi, minit-minit awal didalam kereta dipenuhi dengan menghubungi sahabat-sahabat yang boleh membantu menunjukkan arah. Jazakillah kepada semua yang membantu dan memang sangat membantu =)

Dalam perjalanan, Kak A bercerita tentang kisah sahabat seperti yang dijanjikan tadi. Rupanya beliau sempat membaca kisah dua orang sahabat,  Suhaib Ar-Rumi dan Abu Darda', sebelum tertidur.. adei lama benarlah tu saya bersiap. Kak A memilih untuk bercerita tentang Suhaib, memandangkan kisahnya lebih pendek dan mudah diingati oleh saya.

Kami tersesat sekejap dan melalui zoo negara untuk berpatah balik ke jalan yang benar.
"Waaaaahh zoo negara!! Tiba-tiba rasa excited nak pergi! Bertahun dah tak pergi!"
"Haah akak pun rasa teruja ni!"
Maka terakamlah aksi-aksi excited kami sebentar sebelum kembali berada di jalan yang benar dan sampai dengan selamat dihadapan rumah yang dituju.
"Nampak macam kita yang pertama datang"
"Haah lah, segan lah pulak sebab ini rumah family dia"
"Kalau macam tu jom pergi cari makan dulu sementara tunggu yang lain"
"Jom!"

Seorang sahabat, Kak D, menghubungi kami ketika kami sedang menjamu selera di kedai mamak,
Kata Kak D "La.. Kami dah sampai awal la. Memang dah ada dalam rumah pun"
"La ye ke.." Ceh perasan kami orang pertama sampai.

Apa pun jazakillah buat kesekelian kalinya kepada Kak A sebab belanja saya makan =)

Ini cerita di rumah sahabat, Kak N, di Gombak.
Ketika kami sampai, memang sudah ramai sahabat-sahabat yang telah berkumpul. Ada yang sudah tertidur, ada yang lapar mencari makanan hehe. Alhamdulillah banyak rezeki untuk mereka, dan saya menambah dengan puding roti yang sempat saya buat semasa bertungkus-lumus membasuh baju tadi. Macam-macam komen diterima tentang puding tersebut, terutama daripada Kak F yang sangat excited.. part ni saya sukalah! Sungguh, memasak pun sangat100x penting dalam perjuangan ini.

Selepas itu, masing-masing mencari port masing-masing untuk berehat sebelum bermula misi sebenar esok!


Fuh, panjang dah ni, kene berhenti dah. Jadi untuk tahu kisah seterusnya.. tunggu!!!!

Cerita Jaulah Mahabbah Part 2
Cerita Jaulah Mahabbah Part 3
Cerita Jaulah Mahabbah Part 4

No comments:

Post a Comment