Monday, 22 November 2010

Cerita Jaulah Mahabbah Part 3

I'm back!! Let's continue with the third part of my jaulah story..

Selesai perkongsian dari Dr., Mak Ngah pula berkongsi tentang punca-punca futur (lemah/hilangnya semangat berjuang sang dai'e sehingga merencatkan gerak perjuangannya). Topik bertambah menarik dengan cerita-cerita pengalaman, yang sangat berharga bagi kami yang masih bertatih di atas jalan juang ini. Sungguh, pengalaman adalah guru terbaik untuk mempelajari dan memahami erti hidup, dan berkongsi pengalaman adalah jalan pintasnya.

Petangnya, sisters UIA Kuantan membawa kami ronda-ronda di UIA Kuantan. Bestlah UIA ni, bangunannya semua cantik-cantik, nama pun baru kan. Yang menarik bagi saya adalah Fakulti pergigian, yang mana bangunannya direka seperti gigi! Fuh gempaklah! Selepas tawaf mengelilingi UIA, kami ke rumah Kak F menziarah keluarganya. Hmm.. wajah Kak F memang saling tak tumpah seperti maknya.. anak mak ni hehe.

Oppss.. sebelum ke UIA, kami sempat singgah di taman tasik berdekatan UIA. Cantik!! Kami baca ma'surat beramai-ramai di tepi tasik.. sweet kan!!

Malamnya selepas solat dan makan nasi ayam yang sedap di rumah Dr, Pak Ngah pula datang berkongsi ilmu dengan kami. Beliau berkongsi tentang bagaimana mahu menjadi dai'e yang sukses. Kata Pak Ngah, "Dai'e itu adalah individu yang membaiki diri sendiri dan orang lain". Saya setuju =). Kata Pak Ngah lagi "Daie itu adalah individu yang bercita-cita tinggi". Saya setuju juga, cita-cita sang dai'e itu sangat tinggi sehingga dia mahu seluruh dunia ini berada dibawah naungan Islam =)

Pernah Amirul Mukminin Umar bin Khatab berkata kepada para sahabatnya ketika duduk bersama di salah satu rumah di Madinah, "Bercita-citalah kalian!". Seorang sahabat menyahut "Aku ingin sekali seluruh bangunan ini terisi emas yang bisa aku infakkan di jalan Allah". Umar berkata lagi "Bercita-citalah kalian!". Seorang lagi sahabat menyahut "Aku ingin ruangan ini dipenuhi mutiara yang bisa aku infakkan di jalan Allah". Lalu Umar berkata lagi "Bercita-citalah kalian!". Mereka berkata "Kami tidak tahu lagi apa yang bisa kami cita-citakan selain itu ya Amirul mukminin". Lalu Umar berkata "Aku bercita-cita kalau ruangan ini penuh didatangi para kader (pejuang) seperti Abu Ubaidah Al Jarrah, Mu’az bin Jabal dan Salim Maula Abu Huzaifah, sehingga aku bisa berjihad di jalan Allah bersama mereka".

Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Umar. Beliau amat mengetahui bahawa para kader seperti ini merupakan modal terpenting untuk meletakkan Islam sebagai "world order", yang sekaligus merealisasikan cita-cita para dai'e. Kader-kader ini, biarpun dalam jumlah yang sangat kecil, mampu membangunkan masyarakat yang nyeyak tidur dan mampu menghidupkan jiwa-jiwa yang telah mati.
"Kalian adalah satu ruh baru yang mengalir dalam urat nadi umat, lalu kalian menghidupkannya dengan cahaya al-Qur'an...

Kalian adalah satu sinar baru yang bergemerlapan, lalu kalian menghapuskan kegelapan fikrah maddiyyah dengan ma'rifatullah...

Kalian adalah suara-suara lantang, yang melaungkan kembali dakwah Rasulullah s.a.w...."

(Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna Rahmatullah `alayh)
Saya teringat kepada slot motivasi pagi di IKIM.fm (sekitar 7.30 am) yang baru-baru ini menyentuh bab cita-cita, maaf saya tidak ingat siapa penyampainya. Apa yang saya faham melalui slot ini, kejayaan bermua dengan cita-cita atau angan-angan. Individu yang mahu cita-citanya menjadi realiti harus serius dengan cita-citanya itu. Caranya, cita-cita itu haruslah ditulis dan dipamerkan ditempat yang sering dipandang. Kita mesti melihat kepada tulisan tersebut setiap hari dan membayangkannya menjadi nyata. Bayangkan juga bila cita-cita akan tercapai. Hal ini akan membolehkan cita-cita kita itu menguasai pemikiran kita dan seterusnya perbuatan dan usaha kita. Kemudian kita harus bertanggungjawab ke atas cita-cita kita. Maksudnya, kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan cita-cita tersebut. Usaha tidak boleh berhenti biarpun menemui kegagalan berkali-kali!

Pak Ngah menyambung lagi, seorang daie adalah murabbi (pendidik) kerana tugas seorang dai'e itu bukan sekadar memberitahu orang tentang Islam sahaja, malah perlu mendidik orang yang mendengar agar mengamalkan Islam. Namun, murabbi pun tidak terlepas dari serangan syaitan, yang kalau tidak diatasi, akan menimbulkan penyakit di dalam diri murabbi. Antara penyakit murabbi adalah:

  • Mudah merasa diri sendiri hebat.
  • Tidak mahu keluar daripada halangan menjadi murabbi. Ada 3 halangan yang menjadi alasan seseorang itu tidak mahu menjadi murabbi iaitu: Halangan kemahuan (contoh: "Ish, aku ni bukan baik sangat), halangan kemampuan (contoh: "Ish, aku tak pandai bercakap:), dan halangan kesempatan (contoh: "Ish, aku sibuklah").

Banyak lagi sebenarnya yang dikongsi oleh Pak Ngah. Tentang cara mengatasi penyakit murabbi. Juga tentang tip-tip murabbi sukses. Semuanya penting, terutama bagi yang sudah bergelar murabbi. Kalau nak tahu, boleh email saya.

Malam itu kami tidur di rumah Pak Cik Ibrahim. Siapa itu? Entah saya pun tidak tahu, sebab beliau sekeluarga tiada di rumah sewaktu kami sampai di rumah beliau. Yang penting, bila kami masuk saja rumah, tilam toto telah siap di bentang dari ruang tamu hingga la ke setiap bilik di tingkat bawah dan tingkat atas. Kami hanya perlu tidur sahaja. "Wah, jazakillah!".

Esoknya, pagi kami diserikan dengan tazkirah dari Pak Cik H. Kali ini berkisar tentang simptom-simptom futur dan cara-cara mengatasinya. Yang ini pun, kalau hendak tahu, sila email saya ya.

Jazakillah kepada semua pak cik, mak cik dan akhawat UIA Kuantan. Memang berbaloi datang Kuantan, macam-macam kami dapat. Yang paling berharga tentulah ilmu-ilmu yang telah kalian kongsikan. Apa pun ilmu yang diberi, saya nampak pak cik dan mak cik memberi penekanan lebih tentang futur di jalan dakwah. Kata kalian, "Ujian selepas zaman belajar jauh lebih berliku dan sukar berbanding sebelumnya. Pengalaman kami membuktikannya. Ramai sahabat seperjuangan kami tersungkur  selepas keluar dari zaman belajar. Jadi, berhati-hati dan bersedialah". InsyaAllah, ilmu-ilmu yang kalian titipkan akan banyak membantu kami mempersiapkan diri menghadapi hari-hari yang mendatang. Saya akan ingat dan amalkan pesan kalian "Yang paling penting dan utama untuk menjaga diri dari futur adalah HUBUNGAN DENGAN ALLAH"

 Telah kau dengar kisahku ini.. adakah kau cuba untuk mengerti?

Dan sebenarnya, setiap saat di bumi Kuantan, saya dapat merasai hangatnya kasih sayang dari hati-hati mereka yang menjalar ke hati-hati kami. Jazakillahhu khaian katheera semua!

Souvenir from akhawat UIA Kuantan.Terharu sangat.. kitorang tak bagi apa-apa pun T_T
Ok.. nanti saya sambung cerita di Terengganu pula ya!

Cerita Jaulah Mahabbah Part 1
Cerita Jaulah Mahabbah Part 2
Cerita Jaulah Mahabbah Part 4

No comments:

Post a Comment