"إجلس بنا نؤمن ساعة "
Marilah kita duduk untuk beriman sejenak
Ungkapan ini kemudiannya diambil oleh Ibnu Rawaahah r.a, lalu ia berkata kepada Abu ad Dardaa’ r.a sambil memegang tangannya:
تعال نؤمن ساعة إن القلب أسرع تقلبا من القدر إذا استجمعت"
"غليانا
Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak
(Dipetik daripada buku Muntalaq tulisan Muhammas Ar-Rasyid)
************
Alhamdulillah, malam tadi Allah memberi sekali lagi peluang kepada kami untuk duduk bersama-sama dalam satu bulatan. Secara peribadi, pertemuan kami semalam adalah pengubat rindu, kerana sudah hampir sebulan duduk-duduk sebegini hilang dari rutin mingguan.
Kali ini, saya diminta mengemudikan perbincangan kami tentang Hadis 1. Jujurnya ketika menerima amanah ini, saya berasa agak pelik. Ini kerana, hadis ini telah pun banyak kali dikupas dan dibincangkan. Rasanya semua yang berada di dalam bulatan ini sudah faham benar akan perintah yang ingin disampaikan melalui hadis ini. Yang tinggal cuma praktikalnya, yang perlu diperingatkan dari waktu ke waktu.
Apa pun, amanah tetap perlu dilaksanakan. Lalu saya pun memulakan bicara tentang hadis ini "Hadis ini hadis penting, itu yang dipersetujui oleh ramai ulama besar. Ia berbicara mengenai niat. Melalui hadis ini, Rasulullah mengetengahkan satu prinsip penting dalam beramal, yakni setiap amalan itu akan dinilai/dibalas berdasarkan dengan niat atau gerak hati pelakunya. Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat."
Semua orang mengangguk. Lagak anggukan itu seperti memberitahu "Ya, ya. Kami sudah tahu tentang semua ini"
Tiba-tiba sang kakak mencelah. Dan dia benar-benar membuka mata kami!
************
Sang kakak bertanya "Tahu tak asal usul hadis ini?"
Kami pun menjawab "Ya. Rasulullah melafazkan hadis ini kerana terdapat seorang lelaki yang berhijrah dari Makkah ke Madinah demi semata-mata ingin mengahwini seorang wanita bernama Ummu Qais dan tidak berhijrah dengan sebab Islam.
Sang kakak membalas "Ya benar. Tahu tak kenapa Rasulullah menyampaikan hadis ini hanya kepada seorang, iaitu hanya kepada Saidina Umar seorang? *(sila rujuk teks hadis untuk lebih faham)
عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ ت هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْي یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ة یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) .
رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Kami diam "Owh rupanya masih ada yang kami tidak tahu"
Lalu sang kakak menyambung bicara "..kerana ingin menjaga aib sahabat yang salah niat tersebut. Begitulah indahnya akhlak Rasulullah. Baginda perlu menegur perbuatan yang salah, tetapi dalam masa yang sama tetap menjaga hati para sahabat, bahkan semua orang. Sebab itu sangat penting untuk tahu sebab wujudnya sesuatu hadis, supaya kita akan tahu lebih daripada sekadar isi hadis"
Untuk tahu lebih banyak, mesti usaha lebih banyak. Mesti lebih banyak membaca. Mesti lebih banyak menghadiri majlis ilmu. Mesti lebih banyak berkongsi ilmu dalam sembang-sembang. Mesti lebih mencintai ilmu.
Barulah lebih dicintai Allah!
"...Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." - Surah Az- Zumar [39] : 9
"Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." - Surah Al-Baqarah [2] : 269
Barulah lebih dicintai Allah!
"...Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." - Surah Az- Zumar [39] : 9
"Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." - Surah Al-Baqarah [2] : 269
No comments:
Post a Comment