Saya melangkah masuk ke 2010 sebagai pelajar tahun akhir di Monash Universiti, dan masa yang berlalu sepantas kilat membawa saya ke pertengahan 2010, saat diri digelar graduan Monash Universiti. Dan belum pun 2010 melabuhkan tirainya, kini saya adalah seorang wanita berkerjaya.
Wah, banyaknya perubahan!
Segalanya berubah terlalu cepat yang terkadang memerlukan saya duduk dan berfikir sebentar, sebelum menyedari "Owh, aku bukan aku yang dulu lagi!".
Dulu kalau berborak-borak dengan kawan-kawan, ceritanya akan berkisar tentang kampus life. Dan kalau berborak dengan kawan-kawan seusrah, ceritanya akan jadi lebih panjang hingga ke isu masyarakat. Sekarang suasananya jadi lain, 9 jam menghabiskan masa di office bersama rakan-rakan sejawatan yang rata-ratanya dalam lingkungan 20an, kiri kanan depan belakang cerita borak-boraknya banyak berkisar tentang kahwin! =)
Orang kita kalau berborak tentang kahwin, atau mungkin lebih tepat tentang persiapan perkahwinan, pasti ceritanya banyak berkisar tentang majlis persandingan. Tentang pelamin, baju, warna tema, atur cara majlis, tempatnya, hiasannya, itu, ini, begitu, begini.. semuanya tentang majlis yang paling lama pun berlangsung 2 hingga 3 hari. Dalam borak-borak, pasti perbagai idea datang mengetuk pintu minda, lantas terciptalah perancangan majlis persandingan yang gah, gemilang, terbilang dan................................ complicated.
Majlis persandingan yang pada dasar perintahnya adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa dua hati itu telah sah bergelar suami dan isteri. Maka selepas dari ini, kalau nampak mereka berdua-duaan, jangan terkejut.. dan jangan melaporkannya kepada Jabatan Agama Islam.. kerana sesungguhnya mereka sekarang adalah pasangan kekasih yang halal =). Jadi kalau dibuat kenduri sederhana pun, tapi mampu untuk menyebarkan berita baik ini, maka ia sudah cukup sempurna untuk melaksanakan perintah Ilahi. Mudah bukan? kerana islam itu memang agama yang mudah.
Tapi masih ramai orang kita yang suka yang complicated. Mahukan adventure mungkin. Perancangan majlis persandingan yang gah, gemilang dan terbilang itu selalunya datang bersama pakej kos tinggi, memakan banyak masa, dan urusan yang rumit. Lalu ramai yang terpaksa mengambil masa bertahun untuk mempersiapkan segalanya untuk majlis persandingan yang sehari dua itu. Bertahun mereka mengumpul duit. Bertahun atau berbulan mereka berfikir dan menguruskan 1001 hal demi merealisasikan majlis persandingan impian bulan bintang!
Maka mana bakal-bakal pengantin yang masih sempat memikirkan bagaimana mahu 'survive' selepas hari persandingan itu? Ingat, bukan mudah menjadi suami. Bukan mudah menjadi isteri. Bukan mudah menjadi ayah dan ibu, kemudian atuk dan nenek. Semua gelaran ini datang bersama tanggungjawab yang bukan semudah A, B, C untuk memikulnya!
Dari awal perkahwinan, ibu saya memang mahukan anak lelaki. Tapi Allah memberikan rezeki anak pertamanya adalah perempuan. "Tak pe, kita tunggu anak kedua". Dua tahun kemudian, anak kedua lahir.. perempuan lagi! Anak ketiga? Perempuan juga! Huhu berderet-deret cewek! Hanya selepas itu ibu dan ayah dikurniakan 'lanang' (anak lelaki). Anak lelaki sulung dipanggil abang, dan anak lelaki kedua merangkap bongsu dipanggil adik =)
Awalnya, ibu dan ayah mendidik kami dengan cara yang sama, tidak kira anak perempuan atau lelaki. Kalau yang ini dicubit, maka yang lain pun kena juga. Kalau yang itu dapat hadiah, maka yang lain dapat juga. Kalau yang ini disuruh buat kerja, maka yang lain jangan harap boleh goyang kaki. Kalau yang itu dimarahi, maka yang lain jangan sangka akan selamat. Tapi ternyata, respon anak perempuan dan anak lelaki jauh berbeza.
Bagi kami anak perempuan, kalau dimarahi ibu atau ayah, kami akan diam atau menjawab juga sikit-sikit membela diri, kemudian masuk bilik menangis sambil menyelerakkan bilik hehe. Lepas itu berhenti buat kesalahan yang sama.. paling sekejap 2 hingga 3 hari, patuh dan taat tu. Tapi, pernah Abang pula dimarahi (waktu ini Adik baby lagi) atas kesalahannya.. nyata responnya berlainan..
"Abang nak lari dari rumah, ibu tak sayang kat Abang" protes Abang sambil keluar dari biliknya dengan air mata berjurai-jurai, membawa beg plastik kecil berisi baju beliau. Kalau tidak silap saya, ada duit RM 10 juga dalam plastik itu. Kemudian beliau keluar dari rumah dan berlari entah mana hendak dituju. Saya cuak menggelabah juga waktu tu "Ish budak kecik ni, ingat senang ke nak survive kat luar tu sorang-sorang". Ibu terus menelefon ayah yang sedang bekerja berhampiran, menyuruh ayah mengikut Abang. Tidak lama selepas itu, kelihatan Abang membonceng motosikal bersama ayah.. ceh Abang ni.. suspen je..
Tapi selepas itu, saya perasan yang ibu tidak lagi menggunakan cara yang sama untuk mendidik anak terunanya. Untuk Abang, ibu menggunakan cara psycho hehe. Contohnya, kalau ibu membeli barang-barang kesukaan Abang, ibu pasti berkata "Ini barang Abang sukakan? Ibu beli sebab ibu tahu Abang suka. Apa-apa yang Abang suka, semua ibu belikan.. susah-susah pun ibu cuba dapatkan juga. Itu pun Abang tak nak juga dengar cakap ibu...". Dan saya perasan Abang tidak lagi rebellious selepas itu =) Nampaknya ibu saya sedang memperbagaikan bahasa kasih sayangnya!
Bahasa kasih sayang? Tahu apa itu? Malah sebenarnya ada 5 bahasa kasih sayang, tahu?
Kalau tidak tahu, maka sepatutnya kita memikirkan dulu perkara ini sebelum berfikir berapa banyak baju yang mahu digayakan di majlis persandingan nanti. Malah banyak lagi yang perlu dipelajari dan dihadamkan, sebelum bahtera rumah tangga dilayarkan. Semoga setiap perkahwinan yang termeterai melahirkan generasi baru yang dihargai dunia, bukan sampah masyarakat yang menyakitkan mata. Semoga usia setiap perkahwinan yang terbina panjang hingga ke syurga, bukan singkat sesingkat majlis persandingan yang hanya sehari dua!

*******

No comments:
Post a Comment