Sunday, 14 November 2010

Cerita Jaulah Mahabbah Part 2

Time's up for advertisement. Now lets continue with the Jaulah Mahabbah Story Part 2.

~ Jom ke Pahang (5.11.10) ~

Awal-awal pagi lagi seorang demi seorang bangun menunaikan qiamulail. Selepas solat Subuh berjemaah, masing-masing bergegas mempersiapkan diri dan beg masing-masing. Sarapan pagi kami adalah roti sardin dan... puding roti lagi! hehe.

Ini cerita para kereta.
Secara keseluruhan, ada lima buah kereta yang berkonvoi bersama untuk jaulah ini. Masing-masing diberikan nama yang unik dan dikehendaki mempamerkan nama tersebut di cermin belakang kereta bagi memudahkan pengecaman semasa di atas jalan raya. Para kereta kami adalah Al-Buruj (Toyota Rush), Khaulah (Honda City), Al-A'diyat & Maryam (Proton Persona) dan Perodua Alza (Tidak bernama).
Pemberian nama "Maryam" sangat comel kerana bersempena kereta tersebut membawa seorang ibu mengandung yang suaminya tidak dapat ikut serta. Haha apa-apa aje lah!

..Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan). ( Al Baqarah 272)

Ini cerita game didalam kereta.
Untuk mengelakkan pemandu boring dan mengantuk, ahli-ahli setiap kereta diminta bermain game teka surah Juz 30. Untuk bermain, setiap orang perlu membaca mana ayat dari mana-mana surah dalam Juz 30, dan yang lain perlu meneka daripada surah manakah ayat itu diambil. Sepanjang permainan, banyak kali juga ayat ini kedengaran "Ziha, senyap je kat belakang tu". Huhu.. itu tandanya saya tak banyak hafal lagi.
Misi selepas ini, hafal surah Ziha! Dan jangan hafal saje yea Cik Ziha, hadamkan juga pengajaran surah-surah tu. Barulah dapat hidup dibawah lembayung Al-Quran~
Game ini juga mengingatkan saya bahawa untuk mencapai sesuatu matlamat, setiap orang yang terbabit, dari sebesar-besar peranan hingga sekecil-kecil peranan mesti bersatu-hati dan bekerjasama. Kalau salah seorang buat hal, seluruh organisasi terkesan. Contohnya, walaupun penumpang tidak memandu, tetapi tetap berperanan penting memastikan cik driver dalam keadaan baik dan akhirnya selamat sampai ke destinasi. Sekadar tambahan, konsep ini merupakan asas penting dalam marketing.. hehe.

Ini cerita di rumah Dr.
Ini destinasi pertama kami. Ketibaan kami disambut dengan senyuman dan pelukan gembira dari Dr., Mak Ngah dan ramai akhawat (sisters) UIA Kuantan. Memang rasa dialu-alukan sangat. Awalnya kami dijemput duduk diruang tamu dan Dr. memulakan bicara dengan melahirkan rasa syukurnya diatas kunjungan kami. Beliau berkongsi banyak hadis yang menyeru umat islam menjalinkan ukhuwwah, antaranya:

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bahawasanya ada seorang lelaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah satu malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan - yang dilaluinya. Setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat kepadanya: "Ke mana engkau menghendaki?" Orang itu menjawab: "Saya hendak ke tempat seorang saudaraku di desa ini." Malaikat bertanya lagi: "Adakah suatu kenikmatan yang hendak kau peroleh dari saudaramu itu?" Ia menjawab: "Tidak, hanya saja saya mencintainya kerana Allah." Malaikat lalu berkata: "Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk menemuimu - untuk memberitahu - bahawa sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah." (Riwayat Muslim)

Dipetik dari kitab Muwatto', Allah berfirman dalam hadis Qudsi, "Rasa cintaKu pasti terlimpah pada orang-orang yang saling menyintai kerana-Ku, saling berkumpul kerana-Ku, saling berkunjung kerana-Ku dan saling berkorban kerana-Ku"

Daripada Muadz bin Jabal, yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya, "Apabila dua muslim bertemu, dan salah seorang diantaranya tersenyum kepada yang lain, kemudian ia bejabat tangan maka gugurlah dosa keduanya itu sebagaimana dedaunan yang berguguran dai pohonnya".

"..insyaAllah kita hari ini mendapat cinta Allah dan dosa-dosa kita berguguran.."Dr.

Cerita Jaulah Mahabbah Part 1
Cerita Jaulah Mahabbah Part 3
Cerita Jaulah Mahabbah Part 4

No comments:

Post a Comment