Tuesday 20 December 2011

Yang terindah

Banyaknya nak baca!

Nak baca blog. Banyaknya blog yang best!
Nak baca buku. Banyaknya buku yang best!

Banyaknya! Banyaknya! Berpinar-pinar mata nak pilih.. hehe.
Subhanallah! Luasnya lautan ilmu Allah ini! 

Nikmatnya tak terkata

Sejak disentuh tarbiyyah ini, saya menjadi sangat pantang berjumpa buku. Berhabis ratusan ringgit untuk membeli buku bukan sesuatu yang luar biasa bagi saya. Asal jumpa saja buku yang menarik, pasti saya beli. Meskipun saya tidak tahu bila saya akan baca, sibuklah katakan. Prinsip saya, kalau saya tidak memilikinya sekarang, mungkin saya tidak akan memilikinya sampai bila-bila. Nanti siapa yang rugi? Sayalah kerana melepaskan ilmu yang InsyaAllah merupakan harta yang tak ternilai. Hasilnya kini, saya sudah mempunyai puluhan buah buku. Hampir semua tebal-tebal. Mak aii, bila nak baca ni?!

Alhamdulillah, untungnya bergelar cikgu, sudah bekerja pun masih berpeluang bercuti panjang. Kerja lain mana dapat kan? kan? sila jelous Kecuali cuti bersalinlah hehe. Julung-julung kali menikmati cuti panjang sebagai seorang cikgu, saya memulakannya dengan tekad mahu membaca sebanyak mungkin buku-buku saya. Chewah! Padahal masa belajar dulu pun sama juga tekadnya setiap kali cuti panjang. Tapi lepas tu selalu tewas dengan godaan drama-drama bersiri yang akhirnya menjadikan saya penagih tegar drama-drama ini. Maka habislah masa cuti saya dengan melayan ketagihan itu, meninggalkan tekad waja untuk membaca itu menjadi angan-angan Mat Jenin saja.

Tapi Allah itu sememangnya Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dialah sebaik-baik penolong. Cuti kali ini alhamdulillah saya tidak mempunyai koleksi drama untuk ditonton. Ya, iman yang mungkin lebih nipis dari kulit bawang ini memang tidak mampu untuk melawan hawa nafsu jika sumber tarikannya itu tidak dihilangkan. Alhamdulillah, sumber tarikan hawa nafsu itu memang tidak ada kali ini. Maka bermulalah siri bersungguh-sungguh saya membaca buku. Fuh2!!

Subhanallah! nikmatnya memahami sesuatu ilmu, apalagi yang mendekatkan kita dangan Sang Pencipta. Tak terkata manisnya setiap kali saya dapat memahami setiap yang cuba disampaikan oleh sang pengarang Sa'id Hawa melalui bukunya Mensucikan Jiwa (Tazkiyatun Nafs) dan juga oleh Harun Yahya menerusi bukunya Hakikat Kehidupan Duniawi. Moga-moga dengan izin-Nya, apa yang saya faham melalui pembacaan ini adalah kefahaman yang benar, seperti yang sepatutnya. Semoga Allah melimpahkan kurnia yang besar kepada kedua-dua pengarang ini dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga akhirnya saya memperoleh pengetahuan ini.

MasyaAllah, ternyata kedua-dua buku ini betul-betul membuka mata saya, menarik saya untuk kembali muhasabah tentang sejauh mana saya sudah mengenali Pencipta saya, Allah azza wajalla. Rupa-rupanya selama ini saya belum betul-betul lagi mengenal Dia. Patutlah solat saya, zikir saya.. semua lancar dimulut, tetapi sukar sekali untuk dihayati.

Sungguh, manisnya nikmat faham ini. Lebih manis lagi daripada melayan nafsu marathon drama. Kini kefahaman ini menjadi penolak tegar agar saya terus menerus memperbaiki solat saya, ibadah saya dan pengetahuan saya akan Allah. Bestkan?! Terasa bertambah lampu-lampu yang menyinari jalan saya menuju redha Ilahi, jalan itu kini lebih terang, lebih yakin untuk disusuri.

Tekad baru

Cuti sekolah sudah pun habis. Tipu? Taklah, ini memang benar lagi membenarkan. Tapi hanya untuk cikgu-cikgi di sekolah saya saja huhu. Kami sudah mula bekerja sejak 19 Disember sebagai persiapan awal sebelum menyambut kedatangan para pelajar pengarang jantung hati pada Januari nanti. Rutin kami sekarang adalah mesyuarat, makan, mesyuarat, makan, solat, mesyuarat dan begitulah hehe. Oppss ok2 fokus kembali kepada tekad baru saya seperti tajuk kecil di atas. Memandangkan nikmat membaca itu sangat membahagiakan, maka saya berazam nanti walaupun sudah kembali sibuk dengan macam-macam tugasan, buku mesti dibaca setiap hari! Hiargggghhhh! Tunjuk lengan yang berotot

Sunday 18 December 2011

Sekali lagi peluang

Rabu lepas, saya mengambil adik pulang dari pusat tuisyen. Memandu di jalan kampung, mahu memecut put tidak boleh.. al-maklumlah banyak selekoh di sana sini. Apa lagi kalau memandu di belakang lori, nak cari peluang untuk memotong teramatlah susah. Nak tak nak terpaksalah berlakon macam bawa lori juga.. memandu dengan kelajuan 40 km/j saja. Boleh mengantuk dibuatnya!

Ditakdirkan Allah, hari tu saya terpaksa mengekor di belakang sebuah lori. Lori yang sangat besar, lori pasir mungin. Dek kerana kebesarannya itu, langsung tak nampak benda lain selain hanya lori itu sahaja di depan saya. Rasa macam sempit pemandangan sebab tak boleh nak tengok benda lain huhu. Lama jugalah mencari peluang untuk memotong, sempatlah juga rasa mengantuk. Tiba-tiba, lori tersebut brek dan bergerak semakin perlahan. Saya menjeling pada lorong yang bertentangan, "Wah jalan lurus dan clear tak ada kereta, peluang baik untuk memotong!". Sempat juga terlintas difikiran saya, "Mungkin lori ni nak bagi saya memotong, sebab itulah dia memperlahankan lorinya. Baiknyaaa!". Jadi saya pun memotong dengan gembiranya.

Tapi, sedang saya cuba memotong lori tersebut, tiba-tiba lori itu membelok ke arah kanan. Anda tahu ke arah mana? Ke arah kereta saya lah! Ya Allah takutnya, bayangkan lori yang besar itu seakan-akan seperti mahu melanggar si comel Viva saya ini. Alhamdulillah Allah masih mengizinkan saya untuk sempat berfikir bagaimana ingin mengelakkan pelanggaran ini. Maka dengan ilham-Nya, saya menekan pedal minyak dan memecut lebih laju. Alhamdulillah, lori besar itu hanya sempat melanggar belakang kereta saya sahaja. Itu pun tidak teruk, hanya kemik dan calar sedikit sahaja.

Kalau ikutkan hati memang mahu sahaja memuntahkan amarah kepada pemandu lori itu. Sudahlah tidak memberi isyarat untuk masuk simpang, malah masih membelok walaupun saya sedang cuba memotong. Tunggu sebentar tidak bolehkah?! Sudah tu, terus sahaja memandu walaupun sudah melanggar saya. Tak berhenti langsung. Tapi memandangkan saya ini perempuan, dan yang bersama saya pada masa itu adalah adik-adik Tingkatan 2.. saya membatalkan niat untuk bersemuka dengan pemandu itu. Takut nanti lain pula jadinya.

Esoknya saya melalui lagi jalan itu. Tiada pilihan, memandangkan itulah satu-satunya jalan untuk ke bandar. Melintasi kawasan kejadian membuatkan saya teringat kembali kemalangan semalam. Tapi kali ini dengan amarah yang sudah mereda. Kali ini saya semacam tersedar bahawa lori tersebut sangatlah besar, sedangkan kereta saya sangatlah kecil. Kemalangan semalam boleh dikira sebagai kemalangan ngeri! Tapi, ia diakhiri hanya dengan sedikit calar dan kemik. Selebihnya kami selamat sampai ke rumah. Semuanya ok macam biasa. Hatta adik saya yang duduk di bahagian belakang, yang tentunya lebih merasai perlanggaran tersebut pun, ok saja. Subhanallah! Peluang apakah ini Ya Allah..

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
Tidak tahu sebenarnya bagaimana mahu meluahkan rasa syukur ini..
Ini baru satu, kalau difikirkan.. tak terhitung nikmat-Mu pada hamba-Mu yang selalu tak lepas dari dosa ini..
Solatku pun jarang-jarang sekali khusyuk.. Kalau khusyuk pun, susah benar mahu bertahan hatta lima minit pun. Itu tanda syukurku masih sedikit.. mungkin hanya sebesar zarah!

Ya Allah, terima kasih. Engkau sememangnya Ar-Rahman dan Ar-Rahim!
Atas nikmat nafas yang masih dapat kuhela, nikmat badan yang sihat dan masih berfungsi dengan baik, nikmat keluarga yang semuanya pun sihat, nikmat kenderaan yang masih mampu membawaku ke sana sini, dan nikmat-nikmat lain yang sekian banyaknya.. ku pohon, tolonglah aku menjadi hamba-Mu yang bersyukur. Amin.

Tuesday 4 October 2011

Antara pilihan

Kalau saya pilih ini, siapa saya 10 tahun akan datang?
Tiada jawapan. Kerana manusia memang tidak mampu membaca masa depannya. 



Pilih untuk saya

Dulu ketika kecil, ibu dan ayah adalah orang yang menentukan banyak perkara dalam hidup saya. Kalau ibu pilih mahu masak ayam pada hari itu, maka hari itu saya makan ayam. Kalau ayah kata mahu bawa saya ke Pantai Klebang, maka hari itu saya menghirup udara pantai. Kalau ibu mahu saya pakai seluar merah, maka saya akan pakai seluar merah. Kalau ayah hantar saya ke tadika Pasti, maka setiap hari saya akan belajar di tadika itu.

Setiap perkara, mungkin hampir semua diputuskan oleh ibu dan ayah. Saya hanya ikut sahaja. Tak perlu fikir mana lebih baik atau mana lebih buruk. Tak perlu juga fikir kesan dan akibat.

Belajar memilih

Kemudian selepas UPSR sehingga tingkatan 5, saya masuk asrama. Di asrama, jadual seharian telah ditetapkan. Saya hanya perlu ikut sahaja. Kalau tak ikut, nahaslah nanti nama akan dicatit oleh pengawas. Saya sangat takut kalau nama saya dicatit oleh pengawas. Jadi, seboleh-bolehnya saya akan ikut semua peraturan sekolah. Ada juga sekali sekala saya teringin melanggar peraturan, contohnya pada satu petang, sepatutnya waktu itu semua pelajar wajib mengosongkan dorm dan keluar melakukan aktiviti riadhah. Huh, saya benci sekali keluar beriadhah, sebab saya bukan orang yang suka bersukan. Petang itu pula, ada kawan-kawan saya yang turut malas beriadhah mahu terus duduk di dalam dorm. Jadi, saya ikut mereka. Kami terlepas dari dikesan pengawas, tapi jantung saya berdebar macam nak meletup. Langsung tak tenang. Maka, hari-hari seterusnya saya tidak berani lagi melanggar peraturan itu.

Berbanding waktu kecil, zaman sekolah menengah telah mendedahkan saya kepada lebih banyak perkara untuk diputuskan sendiri. Bila mahu telefon ibu dan ayah, baju mana yang harus dihantar ke dobi, calon mana yang harus diundi untuk jawatan presiden, persatuan mana mahu ikut, bas mana mahu ambil untuk pulang dan banyak lagi. Saya belajar memilih, pilih yang terbaik untuk diri.

Hidupku, aku yang pilih

Selepas SPM, alhamdulillah saya ditawarkan membuat Persediaan Monash University di Sunway University College. Tamat persediaan, saya menyambung pula ke Monash University Sunway Campus, Malaysia. Waktu ini, ibu dan ayah mula melepaskan sedikit demi sedikit perkara-perkara besar kepada saya untuk diputuskan sendiri. Mahu ambil bidang apa, mahu terima tawaran yang mana, mahu duduk di kolej atau rumah sewa, mahu ambil subjek apa, mahu ikut aktiviti apa, semuanya saya harus pilih sendiri. Kalau tanya ibu dan ayah, yang mereka beri bukan suatu keputusan, tapi panduan yang pasti diakhiri dengan, "Kakak pilihlah mana yang terbaik untuk kakak".

Kadang-kadang tertekan juga, rasa mahu jadi kecil semula. Biar kecil selamanya pun tak apa. Tak perlu pening kepala untuk memilih, menimbang dan mencongak pilihan mana yang baik dan mana yang buruk. Belum lagi kalau mahu cerita soal kecut perut, takut kalau pilihan yang diambil itu salah atau bukan yang terbaik. Tapi mungkin ibu dan ayah mahu mengajar, bahawa mereka bukan selamanya ada untuk saya. Saya harus belajar berdikari. Apatah lagi, semakin meningkat dewasa ini, jarang sekali kami dapat bertemu. Ini menyebabkan ibu dan ayah sudah sukar mahu memahami situasi sebenar saya, apa lagi membuat pilihan terbaik untuk saya. Maka saya harus memilih sendiri, untuk kehidupan yang saya inginkan. Kalau saya salah, biar saya belajar dari kesalahan sendiri dan terus berusaha memilih yang terbaik.

Saya kira, ini adalah suatu kepercayaan yang luar biasa tinggi dari ibu dan ayah buat anaknya. Membiarkan saya mencorak sendiri kehidupan saya, saya tahu mereka risau bukan kepalang. Tapi mereka masih percaya yang saya tidak akan merosakkan kehidupan sendiri. Masih yakin yang saya tidak akan menyalahgunakan kebebasan ini. Terima kasih.

Memilih sendiri dalam perkara besar, menyedarkan saya yang saya sudah besar.



Didalam bimbingan tarbiyyah

Siapa sangka, dibumi yang jauh dari suasana islami seperti di Sunway, saya bertemu dengan tarbiyyah. Dan sejak itu, tarbiyyah membimbing saya membuat pilihan. Pilihlah, tapi bukan hanya terbaik untuk diri sendiri, bahkan terbaik untuk umat juga.

Corak hidup saya

Kini saya sudah tamat belajar. Rupanya kehidupan selepas zaman universiti ini penuh dengan pilihan. Mahu sambung belajar atau mahu berkerja? Mana-mana pilihan menjanjikan impak besar dalam kehidupan. Kalau mahu sambung belajar, dalam bidang apa? Mahu terus hingga PhD atau cukup sekadar master? Selepas itu mahu buat apa?
Juga kalau mahu kerja, kerja di mana? Kerja apa? Kalau ada banyak tawaran bekerja, mahu pilih yang mana? Pening.

Saya sudah memilih untuk menjadi guru. Pilihan yang saya pilih dangan perhitungan tarbiyyah. Sudah lebih kurang 3 bulan saya menyandang jawatan ini. Tidak pasti sampai bila saya akan bergelar guru, sementara atau sehingga ke hari tua. Saya belum memilih lagi. Yang pasti saya mahu karier saya, buan sekadar menjadi sumber kewangan, tapi juga sumber pahala buat saya.

Memilih corak kehidupan, pengalaman memberitahu saya bahawa ia bukan sesuatu yang mudah. Bahkan sangat sukar. Berisiko tinggi. Dan saat inilah saya terasa benar, bahawa hanya pada Allah lah satu-satunya tempat bergantung harap. Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Ya Allah, kalau pilihanku ini adalah yang terbaik
maka permudahkanlah urusannya untukku
dan kalau pilihanku ini bukan yang terbaik
maka tunjukkan ku jalan yang benar



Tuesday 27 September 2011

Unais

Bukan yang pertama.

Inilah Unais. Blog saya yang keempat. Berbanding blog-blog yang terdahulu, saya membina blog ini dengan satu cita-cita besar. Saya mahu Unais sampai tercetak menjadi buku!

Seperti Saifulislam.Com.
Seperti Langit Ilahi.

Saya mahu Unais bicara soal tarbiyyah islam dan bagaimana mahu menerapkannya ke dalam jiwa setiap manusia. Sehingga jiwa-jiwa itu menjadi ansarullah yang diredhai Tuhannya.

Semoga kalau ada barang sedikit kebaikan pada Unais, ia menjadi rantaian pahala menuju mardhatillah. Dan semoga rantaian itu akan terus memanjang, meski si penulisnya sudah berhenti bernafas.

Dan kalau kiranya ada kesilapan pada Unais, mohon kemaafan dan teguran yang membina. Semoga rantaian pahala yang diharapkan itu bukan milik seorang, tapi milik semua =)

Ya Allah,
padaMu aku berharap,
semoga impianku menjadi nyata.

Mahu menulis seperti dia

Wednesday 15 June 2011

Selamat jalan ukhti

Pagi ini saya menerima berita pemergian seorang "ukhti", kembali menemui Tuhannya. Innalillahi wa innahi rajiun.

"Ukhti" atau "akhawat" itu adalah panggilan kami untuk mereka yang menceburkan diri ke dalam lapangan dakwah islam, demi cita-cita untuk mengembalikan sistem khilafah islamiyyah. Panggilan ini untuk perempuan sahaja, "ukhti" itu untuk seorang atau singular, dan "akhawat" itu ramai atau plural. Bagi lelaki, panggilannya adalah "akhi" atau "ikhwah".  

Ukhti Ummirul Shahirah. Indah nama ini. Keindahan yang menceriakan banyak hati, sehingga pemergiannya menghapuskan banyak senyuman.

Saya tidak tahu bagaimana rupanya allahyarhamah ukhti ummi ini, kerana sepanjang hayatnya kami tidak pernah sekali pun bertemu. Hatta nama pun tidak pernah di dengar. Kami tidak kenal pun antara satu sama lain. Barangkali hari ini kalau saya menghadiri majlis pengebumiannya, semua orang akan memandang saya dengan pelik, "Orang asing ini daripada mana pula datangnya?". Ya mungkin sekali, kerana saya bukan sahaja orang luar bagi ukhti ummi, tetapi bagi kenalan-kenalannya juga.

Tapi peliknya, kenapa hati ini turut terasa tempias kesedihan atas pemergiaannya? Malah lebih sedih dari kesedihan menangisi pemergian ahli keluarga sendiri. Gilakah?

Jawapannya saya kira, ada pada panggilan yang diberi untuknya, "Ukhti". Itu bukan calang-calang panggilan.. itu panggilan untuk penolong-penolong agama Allah, arabnya disebut sebagai "Ansarullah". Merekalah yang bercita-cita menegakkan kembali khilafah islamiyyah, menakluki dunia dengan Islam. Itu cita-cita yang sangat besar! Yang hanya menjadi angan-angan mat jenin kalau tiada kesatuan di antara Ansarullah.

Maha Suci Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia telah mengikat hati-hati Ansarullah ini dengan ikatan akidah, yang mewujudkan ukhuwwah yang begitu kuat dan kukuh. Ahhh indah sekali ukhuwwah ini. Yang paling indah di antara sekian banyak ikatan hubungan yang ada di dunia ini. Inilah ukhuwwah yang menghubungkan dua insan dengan iman. Inilah ukhuwwah yang mewujudkan rasa kepercayaan dan kasih sayang yang tinggi antara dua hati, walau baru pertama kali bertemu. Inilah ukhuwwah yang menghilangkan rasa 'seniority', sebaliknya menyuburkan rasa rendah hati dan berlapang dada. Inilah ukhuwwah yang tak betah melihat sesiapa sahaja terjerumus ke lembah dosa, ia mahu semua sama-sama ke syurga. Inilah ukhuwwah yang mewujudkan satu kesefahaman, walaupun sahabatnya itu jauh berbeza dengannya.

Inilah ukhuwwah yang menerbitkan cinta yang mendalam di hati setiap ikhwah akhawat untuk ihkwah akhawat yang lain. Meskipun tidak pernah berjumpa, tidak pernah saling mengenali.. tapi cinta ini memang sudah menguasai hati.

Cinta yang ada untuk Ukhti Ummi Shahirah, membuatkan hatiku rasa kehilangan..
Hari ini, kami kehilangan seorang lagi sahabat seperjuangan yang kami cintai kerana Allah..

Semoga rohmu tenang di sana, di sisi Tuhanmu yang kau cintai..
Ya ukhti, semoga inilah saat untuk kau berisitirehat setelah berhempas pulas berjuang di alam dunia ini..

*********

Ya Allah, sesungguhnya Engkau memang Maha Penyayang. Tali akidah yang Engkau gunakan untuk mengikat hati-hati para penolong-Mu ini telah mewujudkan kesatuan yang luar biasa hebat, yang sangat diperlukan untuk merealisasikan cita-cita besar.




p/s: dari sudut bahasa, "Ukti" & "Akhi" itu bermaksud saudaraku dan "Akhwat" dan "Ikhwah" pula bermaksud saudara-saudara. Hanya dikalangan kami sahaja panggilan-panggilan ini membawa maksud seperti yang dijelaskan di atas. Harap jangan keliru ya! =)

Monday 13 June 2011

Maafkan aku, kawan

Maaf kawan
adanya aku ini
seperti tidak ada

Sejak tarbiyyah menyapa diri, aku perlahan-lahan mula memahami hakikat islam yang sebenar. Kefahaman ini menyingkap tabir jahiliyyah yang lama menutup mata hati, lantas terpancarlah cahaya keindahan islam yang memukau setiap jiwa yang cuba memahami. Cahaya kemilau itu menyuluh terang jalan menuju mardhatillah, sehingga tidak ada lagi alasan untuk tersesat melainkan diri sendiri yang tidak mahu sampai ke mardhatillah itu.

Saat kefahaman yang indah ini meresap masuk jauh ke dalam jiwa, daripada jiwa itu lahir semangat yang berkobar-kobar, yang mengalir ke seluruh urat darah, yang masuk ke setiap sel tubuh badan. Itulah semangat untuk berlumba-lumba mengejar mardhatillah! Itulah semangat untuk membangunkan negara islam di dalam diri dan di muka bumi! Itulah semangat mahu menjadi abid dan dai'e! 

Lalu ketika ini datanglah tawaran melamarku untuk bekerja di sini. Aku terima. Aku datang. Itulah aku yang kau lihat, melangkah masuk buat pertama kalinya ke sini, sebagai pekerja baru, juga kawan baru. Aku melihat diriku, pada saat itu memang datang sebagai pekerja dan kawan baru, tapi identiti yang lebih besar yang kusandang adalah seorang dai'e.. yang datang ke tempat baru dengan semangat berkobar-kobar ingin berkongsi betapa manisnya Islam yang kurasakan sejak tarbiyyah menyapaku.

Barangkali ada yang mahu bertanya "Untuk apa kau ingin berkongsi rasa? Bukankah kami di sini memang sudah islam, bukankah kami rasa apa yang kau rasa?". 

Tidak! Tidak! Tidak! Aku yakin kau tidak rasa apa yang aku rasa sekarang ini. Tapi, kau rasa apa yang aku rasa sebelum tarbiyyah menyapaku... kita tahu Islam itu benar, adil, menenangkan, lengkap, sesuai dengan fitrah manusia, indah dan banyak lagi.. tapi kita kurang memahami, apatah lagi merasai semua hakikat itu. Bagaimana aku tahu? kerana kita hidup dengan budaya yang sama, masyarakat yang sama, mentaliti yang sama, sistem yang sama, silibus pelajaran yang sama, zaman yang sama dan banyak lagi yang sama. Maka ketahuilah, sangat banyak yang aku bawa ke sini untuk aku kongsikan bersama kalian!

Aku ingin menjadi qudwah disini
Al-Quran bergerak yang dirujuk orang

atau aku jadi seperti si pembuat minyak wangi
disukai orang dengan harumannya

atau aku jadi benih yang darinya tumbuh pohon rendang
tempat orang berteduh dari panas terik mentari

Sudah lama aku di sini. Sudah lapan bulan. Tapi segala keinginanku masih belum tercapai lagi. Aku belum lagi berkongsi rasa indah ini. Belum lagi menjadi qudwah disini. Semuanya belum lagi! Bukan tiada peluang untuk aku merealisasikan keinginan ini, tapi acap kali saat peluang itu datang, ia terhalang dek kerana ilmuku yang masih cetek, pengalamanku yang terlalu sikit. Arrrgghhhhhh seringkali bila saja peluang itu pergi, aku dihujani sejuta penyesalan "Mengapa tadi aku tidak berkata begini?" "Mengapa tadi aku tidak terfikir akan ini?", "Mengapa tadi aku tidak berfikir seperti ini?", "Mengapa tadi aku tidak berbuat seperti ini?", atau "Alamak, mengapa aku tidak tahu akan ini??!!".. dan peluang yang sudah pergi itu jarang sekali mahu datang kembali.

Maaf kawan
adanya aku ini
seperti tidak ada

Aku tidak berkongsi rasa dengan kalian
Aku tidak menjadi qudwah kepada kalian
Aku bukan Al-Quran bergerak buat kalian
Aku tidak ada minyak wangi untuk kalian
Aku bukan benih yang tumbuh subur

Maaf kawan
adanya aku ini
seperti tidak ada

Aku tidak menyumbang apa pun pada kalian
bahkan kalian yang banyak mengajarku
bahawa untuk mengejar mardhatillah itu
tidak cukup hanya dengan kaya semangat
tapi miskin ilmu dan kefahaman

terima kasih
untuk pengalaman berharga ini
bekalku untuk terus mengejar cita

dan sekali lagi maaf
adanya aku seperti tidak ada
ku doakan semoga hidayah Allah itu menyapamu
dan pasti akan menyapamu kalau kau mencari
dan saat itu kau akan merasai manisnya apa yang kurasa

Tuesday 24 May 2011

Lelaki asid: Apa kata Al-Quran?

Dua hari ini, saya terpaksa menaiki kenderaan awam untuk ke tempat kerja. Berlari-lari mengejar KTM Komuter, berhimpit-himpit macam dalam tin sardin, berpeluh-peluh bila sampai pejabat.. semua itu "Elleh, dah biasa dah!". Isu kecil saja. Isu besar sekarang adalah isu lelaki asid yang sedang menghantui wanita-wanita sekitar KL!

Grrrrrrrr.. disebabkan lelaki ini saya terpaksa berjalan dari stesen LRT STAR ke pejabat dengan hati yang berdebar-debar rasa nak tercabut. Mata tak lepas yang memandang setiap muka penunggang motor, takut-takut sama dengan muka suspek lelaki asid. Langkah diatur dengan sedaya upaya dielak daripada berjalan di gigi-gigi jalan, seboleh-bolehnya berjalan di lorong-lorong kaki lima.. yang pastinya lebih jauh daripada biasa. Bila sampai pejabat, rasa lega macam baru terlepas dari dibaham harimau lapar huhu. Alhamdulillah selamat sampai.. phewww!

Trend

Pertama kali saya mendengar tentang jenayah simbah asid ini adalah beberapa tahun lalu. Kes berlaku apabila seorang isteri mengamuk bila mendapat tahu suaminya ingin berkahwin lain. Akibatnya, sang isteri menyimbah asid ke muka suaminya, menyebabkan suaminya cacat kekal. Sejak itu, simbah asid bagaikan idea baru untuk berlaku untuk menzahirkan rasa marah, dendam atau tidak puas hati. Sana sini banyak amarah yang dilempiaskan dengan menyimbah asid ke muka orang yang dibenci. Tiru meniru mungkin. Sehingga dewasa kini, asid digunakan untuk melakukan jenayah bersiri, yang entah apa motifnya.

Cerita jenayah dalam Quran

Barangkali apa yang berlaku kini adalah kesilapan kita juga. Kerana kita banyak mendedahkan kes jenayah atau perbuatan jahat secara terperinci di dada akhbar, televisyen, komik penyiasatan, filem dan banyak lagi wadah media massa. Mari lihat bagaimana Allah menceritakan jenayah yang dilakukan oleh abang-abang Nabi Yusuf as terhadap adik mereka, Nabi Yusuf as.

Surah Yusuf, 12: 7-18

[7] Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar). 

[8(Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata."

[9(Ramai di antara mereka berkata):" Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna".

[10] Salah seorang di antara mereka berkata: "Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam pergi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ), kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu".

Kisah dimulakan dengan menceritakan rasa tidak puas hati abang-abang Nabi Yusuf terhadap Nabi Yusuf, walhal Nabi Yusuf pada ketika itu masih kecil dan sudah selayaknya mendapat perhatian ayah yang lebih daripada abang-abang yang sudah besar dan sudah pandai mengurus diri sendiri. Kisah dilanjutkan dengan rancangan para abang untuk menghapuskan Nabi Yusuf dari keluarga mereka agar perhatian sang ayah sudah tidak ada lagi untuk adik mereka Yusuf.

[11] Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?

[12] Biarkan dia pergi bersama-sama kami esok, supaya ia bersuka ria makan minum dan bermain-main dengan bebasnya; dan sesungguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya".

[13] Bapa mereka menjawab: "Permergian kamu membawanya bersama sangatlah mendukacitakan daku, dan aku pula bimbang ia akan dimakan oleh serigala, ketika kamu lalai dari mengawalnya ".

[14] Mereka berkata: "Kalau dia dimakan oleh serigala, sedang kami ramai bilangannya, sesungguhnya kami sudah tentu menjadilah orang-orang yang rugi".

Kisah diteruskan dengan penceritaan panjang lebar tentang bagaimana abang-abang Nabi Yusuf berusaha keraas untuk memujuk ayah mereka, Nabi Yakub, agar membenarkan mereka membawa adik kecil mereka Nabi Yusuf keluar bermain-main. Segala kata-kata manis ditaburkan agar ayah mereka bersetuju.

[15] Setelah mereka pergi dengan membawanya bersama dan setelah mereka sekata hendak melepaskan dia ke dalam perigi, (mereka pun melakukan yang demikian), dan kami pula ilhamkan kepadanya:" Sesungguhnya engkau (wahai Yusuf, akan terselamat, dan) akan memberi tahu mereka tentang hal perbuatan mereka ini, sedang mereka tidak sedar (dan tidak mengingatinya lagi) ".

Lihatlah ayat 15 ini, bagaimana Allah menceritakan perihal jenayah yang berlaku dengan terlalu ringkas, tersangat ringkas jika dibandingkan dengan perincian rasa dendam, rancangan jahat yang diatur dan bujukan-bujukan si abang untuk mendapat izin ayah seperti yang terlihat pada ayat-ayat sebelumnya. Yang kita tahu daripada ayat ini hanyalah Yusuf yang berjaya dibawa keluar dan kemudian dijatuhkan kedalam perigi. Kemudian Allah memberi ilham kepada Yusuf.

Bagaimana Yusuf dijatuhkan? Maaf, ia tidak diceritakan. Nah! beginilah Al-Quran mengajarkan bagaimana untuk bercerita tentang perbuatan jahat yang berlaku. Perihal bagaimana perbuatan jahat itu dilakukan tidak diperincikan, agar orang-orang yang mempunyai penyakit di dalam hatinya tidak mendapat idea untuk melakukan kejahatan daripada cerita-cerita sebegini. Yang ada dari kisah Al-Quran ini adalah pelajaran ke arah kebaikan, bukan pelajaran ke arah kejahatan.

Mari muhasabah, apa yang telah didedahkan kepada masyarakat sekarang?

Belajarlah dari Al-Quran.. kerana hanya disitu letaknya kunci kesejahteraan dan keharmonian sejagat!

Credit

Thursday 5 May 2011

Pilihanku

kalau ikutkan hati
siapa tidak mahu tinggal di sini
ada ibu yang membelai manja
ada ayah yang melayan karenah
ada adik yang menghibur rasa

kalau ikutkan hati
siapa tidak mahu tetap di sini
ada rehat sepanjang masa
ada ketawa sepanjang hari
ada kebebasan tak terbatas

kalau ikutkan hati
memang aku ingin
tetap disini
di rumah ini

tapi kalau ikutkan hatiku juga
yang di suatu sudut ada iman yang bertakhta
ia meronta mahu aku pulang
ke medan perang sana
jangan tinggal disini
tempat ini bukan untuk pejuang

seorang pejuang itu
tempatnya di medan perang
tempat dia berkorban jiwa dan harta
tempat dia melawan arus musuh
tempat yang tiada istirehat, tiada belaian
 tempat dia mengejar syurga

****
antara dua
aku memilih satu
maka ku tinggalkan rumah itu
untuk kembali ke medan perang
kerana aku lebih suka bahagia akhirat
dari bahagia dunia

****
aku sedang belajar menggunakan pedang
tiba-tiba silap langkah, pedang menghirisku
pedih, sakit, malah kecewa
 mata sudah berair
darah sudah menitis

hai hati kuatlah
tetap pada pilihanmu
luka itu tandanya kau memang berjuang
dan Allah pasti menghitungnya kalau kau ikhlas

ambil semula pedang yang jatuh itu
belajar lagi sampai kau berjaya
menjatuhkan musuh!

Friday 15 April 2011

Too buzy

Friday 12.33 pm

Long lunch break, from 12.15 to 2.45 pm. Everybody was already out, enjoying the break. And I'm choosing to stay here, with the intention to update my blog, after about two weeks dropped my last post.

There are a lot of things I want to say it out through blogging, but because it was really hard to find time to write.. so it is hurting me.

Today as early as 6 in the morning, I got a message from my Naqibah, saying that she intentionally sending a message at that time just to tell me to not stop improving myself to be real a muslimah. She ends the message with "uhibbuki fillah". So sweet, you make my day sis!

I reply her by saying "Thanks a lot. I'm too dont want to give up in improving myself, but what comes together with the effort to improve self is a tremendous workload that need to be done in 24 hours. It was just last night when I was shouting to my roommate "O time, please stop a while, I still have a lot of things not be done yet!!". O sis, please pray for me, me too uhibbuki fillah".

Perhaps you people who read this post still blur on what actually I want to talk about. Haha if you do, then I would say "I'm sorry". Actually I want to say that "I'm having a tremendous workload, and I felt that time was never enough to finish up all this workload!!"

May be there is anymous who eager to know where the workloads come from? I'm not a student who suffer with hundrends of assignment and due dates.. I'm not a worker who have to bring her works home everyday.. I'm not a mother with 9 children who need her attention at day and night.. I'm not a prime ministry who carry the burden of a country on her shoulder.. then who I am?

I'M A MUSLIM.. to be a real Muslim in the world like today, you know there are a lot to be done. Because a real Muslim need to put ISLAM at the place where it deserve to be.. ISLAM have to be in the heart of all Muslims, who then practising it in every seconds of their life.. only if we successfully accomplish this task, then we will see ISLAM on the top of the world, separating piece to every inch of the world.  

This is why I was wonder why there are Muslims that have so many leisure time, which they spent for playing game, watching movie, wandering here and there etc... this is something to ponder right??!

***********
Though I'm being very buzy on the road of life I chose, but amazingly this is how I felt the happiness =)

This bustle, of course it's tiring.. that why I need Allah, to keep me forever on this road no matter how tiring it will be, because only this road ends with His blessing. And I believe that the tiring is the price for the great heaven offered to those who success!! All the best to every one! Gambate!

Friday 25 March 2011

Perkongsian: Video seks – angkara siapa?


Petikan ini diambil dari blog Zaadut Taqwa: Video seks – angkara siapa?

Kebanyakan warga dunia, khususnya Negara kita yang tercinta Malaysia tentu sudah mengetahui tentang video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang dengan seorang wanita dipercayai pelacur dari China.

Beberapa persoalan timbul mengenai video tersebut:

1. Ada vedio pastinya ada pihak yang merakam. Siapa dan untuk apa dia rakam? Orang yang merakam kemungkinan besar berada di tempat kejadian. Seorang makhluk yang bernama Shazryl Eskay Abdullah mengakui bahawa dia pun ada dalam rakaman video tersebut (pada awal klip video) – (Utusan Malaysia, Khamis 24.03.11 bersamaan 19 R.Akhir 1432, muka hadapan). Kenapa dia berada di situ? Adakah dia datang untuk mencegah maksiat itu? Atau untuk merakam? Atau membekalkan pelacur kepada pelanggan? Atau secara kebetulan? Atau untuk mengintip rahsia orang?

2. Kalau secara kebetulan dia terserempak dengan orang yang sedang berzina, maka dia wajib mencegah sebagaimana diperintahkan oleh Nabi s.a.w. dalam sepotong Hadis yang sangat masyhur bermaksud: “Siapa di antara kamu yang melihat satu kemungkaran, hendaklah dia mencegah dengan tangan. Kalau tidak berkuasa dengan tangan, cegahlah dengan perkataan. Dan kalau tidak berkuasa dengan perkataan, cegahlah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman.” Sahih Muslim. Adakah dia telah mencegah dan menasihati kedua-dua pelaku itu?

3. Kalau dia datang untuk mengintip dan mencari rahsia orang, maka dia telah melanggar satu larangan Allah di dalam al-Quran (namanya menunjukkan dia seorang muslim. Dan muslim wajib patuh kepada al-Quran). Firman Allah Ta’ala bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Al-hujurat:12). Dan sabda Nabi s.a.w. bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu menjejaki keaiban manusia, kamu telah benar-benar memusnahkan mereka atau hampir-hampir memusnahkan mereak!” Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’iy.

4. Kalau dia mengetahui tentang perbuatan zina yang amat keji itu dan mempunyai saksi yang cukup syarat seramai empat (4) orang, maka mereka hendaklah membawa kes itu ke mahkamah, bukan menghebohkan di media. Kalau tidak ada saksi yang cukup syarat, maka dia wajib menutup mulut (setelah menasihati pelaku) dan tidak menceritakannya kepada sesiapapun. Menghebahkan jenayah zina tanpa saksi yang cukup syarat, maka orang yang menghebahkan itu telah melakukan satu jenayah yang dinamakan qazaf. Hukuman qazaf dinyatakan di dalam al-Quran bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.” (An-Nur:4). Muslim sepatutnya menutup keaiban saudaranya, bukan mendedahkan. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menutup keaiban seorang mukmin, maka seolah-olah dia telah menghidupkan seorang bayi yang telah ditanam hidup-hidup dari dalam kuburnya!” Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan an-Nasa’iy. Dan orang yang suka keburukan itu tersebar, apa lagi sengaja menyebarkan kemungkaran dalam kalangan masyarakat, diancam oleh Allah dengan siksa yang amat dahsyat. Firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” (An-Nur:19)

5. Pihak yang mendedahkan video yang jijik itu mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kesahihan rakaman video itu. Menurut hukum Islam, pihak yang dituduh melakukan zina itulah yang harus mengeheret penuduh-penuduh itu ke mahkamah, dan makhkamah wajib meminta mereka mengemukakan saksi-saksi yang cukup syarat dan bukti-bukti yang boleh diterima bagi membuktikan dakwaan mereka. Inilah yang menepati saranan Nabi s.a.w. dan diamalkan oleh sahabat radhiallahu’anhum dan diperakui di dalam kitab-kitab fiqh, iaitu keterangan adalah bebanan ke atas orang yang mendakwa dan sumpah ke atas orang yang didakwa.

6. Semua pihak yang tidak terlibat dan tidak ada kena mengena dengan peristiwa mungkar itu hendaklah berhenti daripada memperkatakannya, terutamanya pihak media. Medialah sebenarnya perantara atau menyebar kemungkaran itu. Kalau bukan media yang menyiarkan, tentunya kita semua tidak mengetahuinya.

Pesanan: yang membaca tulisan ini, tolong sebarkan sehingga sampai kepada pihak yang terlibat agar mereka insaf dan muhasabah diri, takut kepada Allah ‘Azza wa Jalla Yang Maha Perkasa.

Credit

Wednesday 23 March 2011

Bukan milikku

Semalam saya mahu menambah kredit telefon melalui Maybank2u.com. Bagi yang tidak tahu, langkah untuk menambah kredit telefon melalui Maybank2u adalah semudah ABC chewah! Pertama, klik pada 'Buy Online', kemudian pilih samaada mahu kredit dimasukkan secara automatik ke akaun telefon atau pun secara manual dimana PIN number (nombor top up) akan diberi. Seterusnya adalah memilih talian sama ada Celcom, Maxis, atau selainnya. Kemudian, masukkan nombor telefon penerima bagi pilihan masukan kredit automatik, tidak perlu bagi yang memilih masukan manual. Kemudian, TAC number akan dihantar ke telefon pemilik akaun Maybank2u untuk pengesahan. Selesai pengesahan, urusan jual beli pun tamat. Tahniah, kredit telefon telah berjaya ditambah dari RM 0.01 menjadi RM 10.01!

Ok kembali kepada kisah saya. Pada cubaan pertama untuk menambah kredit, saya tidak menerima TAC number. Akibatnya, urusan saya terbatal secara automatik dan saya gagal menambah kredit. Tapi takpe, cuba lagi kali kedua. Kali kedua saya berjaya menerima TAC number dan urusan berjaya diselesaikan hingga akhirnya. Yeahh!! Saya memilih masukan kredit secara automatik, jadi sekarang saya hanya perlu tunggu kredit dimasukkan. Selalunya kredit akan dimasukkan sebaik sahaja urusan selesai. Peliknya, kredit saya masih belum dimasukkan walaupun hari sudah malam.

Maka kecohlah saya. Mengadu kat kakak ni. Mengadu kat kakak tu. Mengada-ngada haha!.

Kakak: "Awak confirm ke nombor telefon yang awak masukkan tu betul?"

Saya: "Confirm, saya dah cek banyak kali"

Kakak: "Meh, akak tolong cekkan lagi sekali. Urusniaga tadi ada direkodkan dalam akaun awak"

Maka, kakak menolong saya log in ke Maybank2U akaun, klik sana klik sini dan... jumpa rekod urusniaga tadi dan...........................................

RUPA-RUPANYA SAYA TERSILAP MEMASUKKAN NOMBOR TELEFON SENDIRI!!!!

No telefon saya ***-**84***, tapi yang saya masukkan ***-**48***. Huhu, apa lagi, kecohlah saya sekali lagi, mengadu dan mengada lagi. Heh!

Bukan milik saya

Berdasarkan rekod Maybank2u, sebenarnya saya telah pun memasukkan nombor telefon yang betul pada percubaan pertama. Tiada kesilapan, tapi gagal kerana tidak dapat TAC number. Percubaan kedua gagal, kerana nombor telefon salah, dan RM10 kredit itu mungkin telah pun masuk ke akaun telefon orang lain, menjadi rezekinya!

RM10 itu wang gaji saya bekerja, disimpan di dalam akaun bank saya. Tapi yang memberi rezeki itu adalah Allah. Dan rezeki itu boleh datang dari mana-mana arah, tidak semestinya dari apa yang saya miliki sahaja. Dan apa-apa sahaja yang saya miliki sekarang, tak semestinya ia adalah rezeki saya. Hatta nasi yang disuapkan ke mulut, ia boleh jatuh ke tanah sebelum sempat masuk ke mulut, dan menjadi rezeki kucing yang asyik mengiau di bawah meja.

Mungkin ini adalah peringatan dari Allah untuk saya. Supaya saya sentiasa ingat yang rezeki itu semuanya datang dari Allah, bukan dari manusia atau usaha saya. Dan supaya saya sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala rezeki yang saya nikmati sekarang, kerana semuanya diberikan oleh-Nya!

Sesungguhnya seorang hamba itu, benar-benar bergantung kepada Tuhannya! 

*Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Credit
p/s: untuk adik-adik SPM 2010, macam mana keputusan SPM semalam? Bagaimanapun keputusannya, ingat itulah rezeki kita. Tawaran universiti nanti pun, bergantung pada rezeki yang Allah tentukan untuk kita, bukan bergantung pada keputusan kita. Jadi berusahalah sehabis baik untuk mendapat yang terbaik, kerana di situ ada pahala besar yang menanti. Kemudian bertawakkallah sepenuh hati kepada DIA YANG MAHA PEMBERI REZEKI. =)

Tuesday 22 March 2011

Hujung jalan

Pagi tadi saya berkunjung ke blog milik seorang rakan yang dikenali ketika sama-sama mengambil jurusan bioteknologi di Monash University. Sudah lama blog ini tidak dikemaskini. Entry terakhir bertarikh 24 Januari 2010, iaitu lebih kurang setahun dua bulan yang lalu!

Dan saya tahu pemilik blog ini tidak akan lagi mengutus entry baru ke blognya yang lama sudah bersawang. Kerana sejak setahun dua bulan yang lalu, dia sudah meninggalkan alam dunia yang fana ini!

Masa itu sangat pantas berlalu. Terasa baru saja menerima berita pemergiannya yang menggemparkan seluruh isi rumah. Terasa baru saja selesai menulis entry khas untuknya dan menekan butang "Publish Post" agar entry itu terpampang di ruangan HeartySays untuk diambil iktibar bagi yang masih hidup. Terasa baru sahaja berkongsi rasa sedih bercampur terkejut bersama-sama kawan-kawan sekuliah, sama-sama berkongsi rasa tidak percaya yang kami sudah kehilangan seorang kawan sekelas!

Masa tersangat pantas bergerak tanpa henti, sedang diri selalu leka dan lalai dalam kesibukan dunia yang menguji keteguhan iman. Bekalan amal terasa terlalu lambat bertambah, sedang siang terlalu pantas menemui malam lalu mengurangkan satu lagi hari untuk hidup di dunia. 

Sesungguhnya peringatan dari Allah itu sudah terlalu banyak. Maka wahai diri ambillah pengajaran sebelum ruh meninggalkan jasad dan taubat sudah tidak lagi diterima!

Sesungguhnya dunia ini akan selalu melarikan fokus kita dari kematian dan hari akhirat. Maka minta lah bantuan Allah untuk menetapkan hati agar tak hanyut dibuai arus dunia...

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya. (Al-imran 3:8)

...dan bergaullah dengan orang-orang soleh yang sentiasa saling memperingatkan kita tentang kematian dan akhirat...

وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ(3

Demi Masa! [1] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian [2] Kecuali orang yang beriman dan beramal salih dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran [3] (Al-Asr, 103: 1-3) 

... dan sentiasalah berpegang kepada pusaka yang ditinggalkan oleh Rasulullah untuk kita.

تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى

Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku

Semoga nyawa kita diambil dalam keadaan husnul khatimah, dan semoga kita tidak menyesali hari-hari kita di dunia ini.

إِنَّا أَنذَرْنَاكُمْ عَذَاباً قَرِيباً يَوْمَ يَنظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنتُ تُرَاباً

Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)". (An-Naba', 78: 40)

Sunday 20 March 2011

Belajar dari Tsunami 11/3/2011

JEPUN cenderung dilanda bencana, sering digegarkan dengan gempa bumi, ditaburi lebih daripada 100 gunung berapi dan dihambat taufan, ancaman bencana lama dianggap hanya sebahagian daripada kehidupan mereka.

Kenangan terhadap malapetaka silam membuatkan kira-kira 128 juta penduduk Jepun dan kerajaannya lebih bersedia menghadapi malapetaka berbanding kebanyakan negara lain....

.... Apapun, persediaan keselamatan dilakukan dengan latihan berulang kali dan aspek penting iaitu kekayaan negara berkenaan membolehkan pembinaan bangunan dan infrastruktur tahan gempa yang mahal, menyelamatkan beribu-ribu nyawa dalam tempoh beberapa dekad ini, kata pakar.

"Jika ada mana-mana tempat di dunia yang bersedia untuk bencana dalam skala dan skop malapetaka bersejarah ini, ia adalah Jepun," kata Perunding Kanan Penyelidikan di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa, Stacey White.....

Baca lagi --> Bahasa Melayu / English
Credit

Gempa bumi yang berlaku di perairan berdekatan Sendai itu, sebenarnya merupakan penantian orang-orang Jepun. Semasa HE (penulis) di sana, kami diulang siar dengan ramalan akan berlaku gempa besar di Jepun dalam tempoh dua tiga tahun ....

.... . Malah mereka juga sering mencari jangkaan dan ramalan dari peramal terkenal seperti Juselino Nobulega. Mereka juga menyediakan laluan-laluan untuk mengalirkan ombak tsunami dan menyediakan bangunan yang tahan gempa ....

.... Kejadian gempa dan tsunami di Jepun memperlihatkan bagaimana satu pengurusan bencana yang teratur dan cekap. Malah pendidikan kebencanaan terhadap rakyatnya sudah menjadi sebati. Bila kejadian seperti ini, mereka masih dapat mengawal diri. Mereka boleh beratur untuk mendapatkan barang makanan, petrol dan keperluan asas. Walaupun bekalan elektrik dicatu pada saat ini, mereka tetap mematuhi peraturan dan tidak bersikap pentingkan diri sendiri. Ada di antara mereka membuat sedekah dan membantu pada yang menjadi mangsa tsunami. Ini adalah sikap dan pengurusan yang perlu dicontohi.

Baca lagi di sini
Credit

Jepun, sebagai negara termaju di dunia dengan rakyatnya yang terkenal berdisiplin ternyata sudah lama belajar daripada bencana alam itu. Mungkin kerana itu, angka kematian dan jumlah kemusnahan akibat kejadian Jumaat lalu masih boleh dianggap kecil berbanding kekuatan gempa dan kedahsyatan tsunami yang melanda....

.... Setiap 1 September pula, sempena memperingati gempa bumi 1923, jutaan rakyat Jepun menyertai latihan menghadapi bencana anjuran pihak berkuasa tempatan di daerah masing-masing. Kanak-kanak sekolah memakai penutup kepala dan berlatih berlindung di bawah meja. Warga tua diingatkan supaya memilih tempat untuk bertemu dengan orang tersayang sekiranya terpisah ketika bencana. Kedai pula menjual peti kecemasan mengandungi air, lampu picit dan makanan tahan lama.

Kita sendiri dapat menyaksikan siaran televisyen bagaimana rakyat Jepun agak tenang ketika menghadapi saat-saat cemas ketika menghadapi gegaran itu – sama ada di sekolah, rumah, pejabat dan di dalam pasar raya.

Murid terus memakai pelindung kepala dan berlindung di bawah meja sebaik saja merasai gegaran. Pekerja pejabat yang keluar dari bangunan juga dilihat memakai alat pelindung kepala, tindakan yang sudah menjadi sebahagian daripada piawaian keselamatan di tempat kerja ketika menghadapi gempa kuat. Malah penyampai berita televisyen tempatan juga dilihat memakai topi keselamatan ketika bertugas.

Baca lagi di sini.
Credit

Allah itu Maha Berkuasa

Manusia itu sesungguhnya sangat lemah untuk melawan kehendak Allah. Walau bagaimanapun kita cuba menghalang sesuatu daripada terjadi, namun jika Allah tetap mahu ia terjadi, maka tiada siapa pun dapat menghalang. Itulah tanda kekuasaan-Nya.

Say, "He is the [one] Able to send upon you affliction from above you or from beneath your feet or to confuse you [so you become] sects and make you taste the violence of one another." Look how We diversify the signs that they might understand.

But your people have denied it while it is the truth. Say, "I am not over you a manager."

For every happening is a finality; and you are going to know.

(Surah Al-An'aam: 65-67)

Bukan milik kita

Hidup manusia seperti roda, adakalanya dia di atas dan adakalanya dia dibawah. Hal ini kerana manusia tidak mempunyai kemilikan penuh ke atas semua yang dimilikinya didunia ini. Segalanya adalah pinjaman daripada Allah yang berhak mengambil semula pinjamannya apabila Dia berkehendak. Hari ini kita muda, bertenaga kuat, badan sihat, mata melihat dengan terang, telinga mendengar dengan baik, duduk berdiri semuanya dapat dibuat tanpa rasa sengal-sengal otot. Tapi esok siapa tahu, kalau-kalau kita kemalangan dan nikmat sihat diambil semula? Seperti halnya dengan Jepun. Siapa sangka kedamaian dan kemajuannya direnggut sekelip mata oleh keganasan tsunami yang tak mengenal belas.

Indeed, they are enemies to me, except the Lord of the worlds,

Who created me, and He [it is who] guides me. 

And it is He who feeds me and gives me drink.

And when I am ill, it is He who cures me

And who will cause me to die and then bring me to life

(Ash-Shu'ara', 26: 77-81)

Belajar dari sejarah
 
Jepun belajar dari sejarah, lalu ia memperbaki persediaannya menghadapi bencana alam sehingga Jepun berjaya mendahului semua negara. Akhirnya bila bencana menimpa lagi, sekurang-kurangnya mereka berjaya mengurangkan kesan akibat bencana, walaupun tidak dapat menghalang bencana daripada terjadi.
 
Begitu juga, kita tidak patut membiarkan apa sahaja yang berlaku berlalu begitu sahaja ditelan masa, melainkan kita mengambil sebanyak mungkin pelajaran dan kemudian menggunakannya dalam usaha memperbaiki kehidupan di dunia dan akhirat.  


O you who have believed, fear Allah . And let every soul look to what it has put forth for tomorrow - and fear Allah . Indeed, Allah is Acquainted with what you do. (Al-Hasyr, 59, 18) 

Tazkirah untuk Mak Cik to be

11.45 pagi. Cik Perut sudah rancak mendendangkan dondang sayang. Malah nyayian Cik Perut kali ini lebih kuat daripada biasa sebagai tanda protes kerana tidak diberi sarapan pagi. Huuuuhu.. sabar Cik Perut, lunch time nanti saya dengan baik hati akan memberi kamu nasi berlauk ayam ya! Tiba-tiba dengan tidak semena-mena, Puan Bos mengarahkan seluruh pejabat untuk keluar ke suatu tempat yang dirahsiakan. Encik-encik kereta dikerahkan segera mengangkut kami. Uishh nak ke mana ni? cuak tahu?!! Tup-tup kami sudah berada dihadapan sebuah restoran yang kelihatannya sungguh mewah kaya raya, nak masuk pun takut. Tapi kerana firasat hati mengatakan bahawa Puan-puan Bos ingin belanja hari ini.. maka Cik Kaki dengan penuh keyakinan masuk tanpa menoleh ke belakang lagi. Cik Perut senyum riang!

Wah nak makan lagi!!!
Rupa-rupanya Puan Bos ingin mengadakan majlis bersempena persaraan senior veteran kami, Encik R. Sebab sampingan majlis ini adalah juga untuk menyambut March birthday girls. Pom pom kebaboooom bunyi bunga api, selamat hari jadi!! Di penghujung majlis ketika Cik Perut sedang berbahagia dengan rezeki mewah yang tidak disangka-sangka, Encik R telah dipaksa membuat ucap kata sepatah dua.

"Waktu awal-awal masuk IMR, saya bertugas luar, menjelajah seluruh malaya termasuk sabah sarawak mengambil sample makanan. Seronoklah dapat jumpa macam-macam ragam orang. Bos pun turun padang, bekerja bersama kami. Kemudian bila usia mencecah 30-an, saya mula ditugaskan dengan kerja-kerja pentadbiran sehingga sekarang. kerana tugas-tugas luar diserahkan kepada generasi yang lebih muda. Banyaklah pengalaman pahit dan manis selama 35 tahun berkhidmat, yang apabila digabungkan maka ia menjadi neutral. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, antaranya, kalau dulu lelaki lebih banyak di IMR. Tapi sejak 1980-an, perempuan yang mendominasi sehingga sekarang. Lepas ni honeymoon baliklah sebab isteri pun baru pencen pada Jan lepas. InsyaAllah jemput datang ke majlis kahwin anak saya Mei ini" 

Ucapan yang sangat ringkas. Tapi penuh dengan peringatan buat renungan si ulul albab.

Usia muda

Hari ini saya mendengar ucapan persaraan seseorang yang bergelar pak cik kepada saya. Dan saya tahu pasti akan datang suatu masa yang mana orang yang bersara itu bergelar kakak/abang kepada saya. Kemudian jika dipanjangkan umur, orang yang bersara itu adalah rakan sebaya saya dan akhirnya saya sendiri yang menjadi orang yang diraikan persaraannya (perasan orang nak sambut!). Saat itu pasti didepan saya adalah anak-anak muda seperti saya sekarang, yang memanggil saya dengan awalan "mak cik" (Eh, entah-entah "Datin"!)

Sungguh masa akan terus berjalan dan tidak boleh diundur. Terasa dua puluh tiga tahun berlalu terlalu cepat sepantas cahaya dan saya menjadi seperti sekarang. Saya sudah besar panjang. Bukan pelajar lagi. Sudah bekerja. Sudah ada duit sendiri, kereta sendiri. Saya sudah banyak berdikari, tidak lagi ke hulu ke hilir bersama ibu dan ayah. Saya sudah tidak lagi bermain pondok-pondok sehingga maghrib menjenguk hari. Sekarang saya perlu fikir banyak masalah, masalah orang dewasa! Dan pasti dua puluh tiga tahun yang mendatang akan tiba dengan kelajuan cahaya juga!

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian." (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

“Tidak berganjak langkah kaki seseorang hamba pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya ke mana diperuntukkan, usia muda ke mana dihabiskan, hartanya daripada diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya apakah diamalkannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Usia muda itu hanya sekali seumur hidup, dan selalunya dilengkapi dengan tubuh badan yang sihat, kudrat tenaga yang banyak, pemikiran yang segar dengan idea-idea baru, semangat yang tinggi berkobar dan banyak lagi kekuatan. Maka beruntunglah orang-orang yang mempergunakan usia mudanya sebaik mungkin untuk mencapai tujuan hidupnya yang telah pun ditentukan oleh Allah ketika mencipta manusia, yang dirakam didalam Az-Zariyat, 51: 56 dan Al-Baqarah, 2: 30.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tujuh golongan manusia yang dilindungi Allah di bawah bayangan-Nya (di akhirat nanti), pada hari itu tidak ada sebarang teduhan selain bayangan arasy-Nya. Mereka itu ialah (1) pemimpin yang adil; (2) pemuda yang hidup dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah; (3) Orang yang hatinya sentiasa berpaut rapat dengan masjid; (4) dua orang yang berkasih sayang kerana (agama) Allah, bertemu dan berpisah untuk keredaan-Nya; (5) lelaki yang dipujuk wanita cantik lagi hartawan (bagi memenuhi nafsunya) tetapi dia menolak dan berkata aku takutkan Allah; (6) orang yang berderma secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak sedar apa yang didermakan oleh tangan kanannya; (7) dan mereka yang sentiasa menyebut (mengingati) Allah dimasa keseorangan (kesunyian), maka berlinanganlah air matanya.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dll)

Tuesday 8 March 2011

Mencari ubat hati

Haduihla.. lame betul tak update blog ni.. Padahal sebenarnya hampir setiap hari saya buka blog ini, tapi langsung takde idea untuk menulis.. Maka, keinginan untuk menghapdet blog terpaksa ditangguh lagi selepas berjam-jam duduk termenung di depan komputer.. huhu T_T.

Kawan saya kata fenomena ini dinamakan writer block! Fakta ini saya boleh terima dengan senang hati hehe.. takde lah rase bersalah sangat bila tak update blog kan =)

Kawan saya yang lain kata orang yang tidak mempunyai sesuatu, maka dia tidak boleh memberi! Umpamanya seperti sebiji cawan, jika ia dipenuhi dengan air sehingga melimpah, maka ia akan membasahi kawasan sekitarnya dengan nikmat air tersebut. Tetapi jika ia kering, maka kawasan sekitarnya pun kering. Fakta ini benar tapi............................................ huwaaaaaaaaa itu bermakna hati saya sedang kosong atau kering sekarang, sehingga saya tidak mampu berkongsi apa-apa pun kebaikan dengan orang lain. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!! TTTTTTTTTTTT____________________TTTTTTTTTTT

Mari amalkan!


Tuesday 15 February 2011

Aku hanya hamba

"Ziha, baca point seterusnya" Kakak menyuruhku.

Aku yang baru membetulkan sila kelam kelibut mencari muka surat 534 buku Himpunan Risalah Hassan Al-Banna. Jumpa! Lalu aku pun membaca point yang diarahkan.

"Ziha, ulang balik bacaan tadi!". Tegas Kakak menghentikan bacaanku dipertengahan. "Awak baca lembik sangat. Risalah Ta'lim yang sedang kita baca ini disampaikan oleh As-Syahid Hassan Al-Banna dalam bentuk taklimat. Taklimat bermaksud arahan-arahan dan peringatan-peringatan penting yang dirangkumkan dalam satu ucapan pendek yang mesti dipatuhi oleh para pendengar yang ditujukan taklimat tersebut. Maka ia harus disampaikan dengan tegas supaya yang mendengar rasa mesti buat, tidak boleh tidak!" panjang Kakak menerangkan.

Lalu aku pun mengulang bacaanku sehingga tamat. "Tak cukup tegas, tak rasa nak buat pun apa yang awak cakap tadi, ulang balik". Maka aku ulang lagi.. cuba ditegaskan sedaya mungkin.

"Tak cukup tegas lagi, ulang balik!" Aduh! aku sudah tidak tahu bagaimana mahu lebih tegas lagi T_T. Masa ni rasa macam nak give up dah. Tapi terpaksa baca juga kan.. takkan nak lari pula. Nak lari ke mana?

Bacaanku habis. Cuak beb! Tak nak dah baca lagi huhu. Ternyata Kakak memang tak puas hati lagi. Tapi kerana kasihan padaku, dia kemudian berkata "Oklah daripada tadi.. tapi ziha memang kena belajar berantonasi yang betul setiap kali bercakap. Barulah kita dapat menguasai pendengar. Barulah bila kita bagi arahan, pendengar rasa mesti laksanakan!"

Ya, betul kata Kakak.

*************

Pangalaman mengajarkan bahawa seorang dai'e bukan sahaja perlu belajar menjadi ustaz/ustazah yang mahir segala selok belok agama, tetapi juga harus belajar menjadi pemidato yang hebat mempengaruhi audiens dengan hujjah dan nada. Malah seorang dai'e juga harus belajar menjadi ayah dan ibu, yang berfikir bagaimana mahu mencorakkan anak buahnya agar menjadi individu muslim yang sebenar. Bukan itu sahaja, seorang dai'e harus belajar menjadi kakak, adik, sahabat, ketua, pekerja, chef, driver, babysitter dan macam-macam lagi hatta bibik sekalipun bagi memenuhi tuntutan dakwah ini.

Pada tahap ini, seorang dai'e harus suka apa yang Allah suka.. bukan apa yang dia suka. Seorang dai'e harus menjadi apa yang islam mahu, bukan apa yang dia mahu. Dia mengabdikan seluruh dirinya untuk islam, demi memperoleh redha Tuhannya. Dirinya adalah untuk ummat, segala miliknya adalah milik ummat.

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam".

I'm nobody but only a servant
p/s: Betapa besar pengorbanan Rasulullah, para sahabat dan penerus dakwah dan tarbiyyah ini..

Love diary

5 tahun lalu.

"Eh, jom gi makan kat rumah bawah. Ada kakak diorang ajak makan BBQ!"
"Ye ke? Bestnya!" seluruh rumah excited.

Tiba di rumah bawah "Kakak siapa yang ajak makan ni?"
"Kakak semua orang" senyum.

Begini aku berkenalan dengan kakak. Lalu kakak membimbingku, dari meniarap hingga merangkak, dari merangkak hingga bertatih, dari bertatih hingga berjalan, dari berjalan hingga berlari di atas jalan dakwah dan tarbiyyah.

Terima kasih kakak! kerana sudi menarikku keluar dari lembah jahiliyyah yang jijik ke bawah lembayung Al-Quran yang indah lagi mengasyikkan.

Terima kasih kakak! kerana sudi membetulkan langkahku ke syurga Allah.

Terima kasih kakak! kerana menjadikan hari-hariku yang seterusnya lebih bermakna, jelas dan terang matlamatnya.

Terima kasih kakak! Tiada ucapan yang layak untuk menggambarkan betapa aku sangat berterima kasih kepadamu. Jazakillahi khairan katheera!

15 Februari 2011.

Aku jumpa kakak. Selepas sekian lama tidak berjumpa. Bercakap telefon pun tidak. Kita berjumpa lagi, saat rindu di hati sudah membuak-buak. 

Kakak, aku rindu kamu. Maaf aku tak pandai meluahkan rinduku, sayangku dihadapanmu. Maaf, aku berlagak biasa dihadapanmu, melayan engkau seperti orang lain juga. Walhal di dalam hatiku, hanya Allah yang tahu betapa engkau insan isimewa yang aku rindu sekian lama. 

Kakak, kerana aku tidak mampu menzahirkan perasaan sebenar, maka aku menjadi sedih sehingga menangis. Tapi tetap, aku gembira kita dapat berjumpa lagi. Sungguh, kasih sayang yang diikat dengan tali akidah ini kuat benar mencengkam jiwa!


Dulu, kini, dan selamanya.

Kau adalah kakakku. Tetap begitu selamanya.

Kau adalah orang pertama yang membawaku kejalan dakwah dan tarbiyyah. Jalan cintaku. Tetap begitu selamanya.

Semoga Allah mengurniakan keredhaan-Nya di dunia dan akhirat. Semoga Allah menghadiahkanmu syurga, selepas berpenat lelah menyebarkan kalam-Nya di dunia.  

Dear lover, I love you


!4 Februari 2011 adalah Velentine's Day, hari memperingati kekasih.
15 Februari 2011 adalah Maulidur Rasul, juga hari memperingati kekasih.
Sama tapi tak serupa. Malah jauh berbeza.Contradict!

yang mana satu kekasihmu?
yang mana satu beraja dihatimu?
yang mana satu menguasai fikiranmu?
yang mana satu diredhai Tuhanmu?

Akhbar kita entah apa-apa

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. Tengah malam 12 Feb 2011 pasti akan diingati oleh dunia apabila ditaktor angkuh Hosni Mubarak akhirnya terpaksa tunduk dengan kehendak rakyatnya agar beliau meletak jawatan. Siapa sangka ditaktor yang yang berjaya bertahan selama 30 tahun akhirnya tumbang hanya dengan suara rakyatnya. Memiliki harta sebanyak USD70billion, kawan baiknya Amerika dan Israel.. sayangnya tiada siapa yang dapat membantu Mubarak mengekalkan kuasanya.

"Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al-Imran: 26)

Apa pun post kali ini bukan untuk bercerita panjang lebar pasal Mesir, memandangkan tak best pun kalau saya cerita.. sebab tak banyak pun yang saya tahu.. Tapi saya boleh share blog terbaik untuk bacaan anda, kalau nak tahu tentang Tunisia klik sini dan tentang Mesir klik sini. Sana sini situ sinun!

Akhbar kita entah apa-apa

Sudah bertahun saya tidak membeli akhbar. Rasanya. Tapi dengan tiba-tiba semangat untuk membeli akhbar berkobar-kobar apabila tercetusnya kebangkitan rakyat di Tunisia yang kemudian merebak ke Mesir. Kebangkitan rakyat ini sememangnya cerita 'HOT", apalagi ia mempertaruhkan masa depan umat islam keseluruhannya jika dianalisa daripada pelbagai sudut. 

Maka, buat julung-julung kalinya selepas bertahun-tahun, tibalah hari bersejarah saya membeli surat khabar. Hari itu 2 Februari 2011, saya tercegat dihadapan naskhah-naskhah akhbar di sebuah kedai.. rambang mata mahu membeli mana satu. Antara banyak-banyak akhbar yang dijual, malangnya hanya akhbar you know what (bukan nama sebenar) yang memaparkan cerita Mesir di muka surat depan. Yang lainnya bercerita tentang banjir. 

Maka, boleh dikatakan saya tidak perlu membuat pilihan untuk membeli memandangkan saya hanya tertarik dengan akhbar you know what sahaja. Bukan tidak mahu tahu tentang saudara kita yang dilanda banjir, tapi saya yakin keadaan mereka jauh lebih baik daripada saudara kita di Mesir yang sudah dizalimi selama 30 tahun. Tetapi, saiz akhbar akhbar you know what ini sangatlah besar dan menyusahkan pula kalau hendak dibawa ke sana sini. Malah, sungguh tidak bersopan pula rasanya untuk dibaca di office huhu.. kantoi  la kan.

paper tahun bile ntah neyh. . (credit gambar)
Terpaksa, saya pun membeli akhbar the chosen (nama tipu-tipu) dengan harapan kalau pun bukan cerita Mesir di muka hadapan, biar ceritanya mendominasi bahagian tengah. Selesai membeli, saya ke kedai makan bersama rakan-rakan sepejabat untuk bersarapan bersama. Sementara menunggu makanan, saya dengan penuh teruja menyelak akhbar tadi. Helaian demi helaian diselak, sayangnya tidak ada cerita Mesir. Hingga ke helaian terakhir, hanya ada sedikit sahaja cerita Mesir. Terlalu sedikir, seolah-olah isu Mesir ini langsung tidak penting dimata Malaysia. Picisan cuma!! Padahal ia menentukan nasib bukan sahaja rakyat Mesir, tetapi tanah arab, Palestin dan seluruh umat Islam amnya. 

Malaysia ini diwar-warkan sebagai negara Islam, tapi sangat sedikit sensitiviti terhadap saudara seislamnya. Maka layakkah kita bergelar negara Islam? Jangan perasan! Peranan media dalam membentuk pemikiran masyarakat memang sudah diketahui umum. Maka tidak hairan jika berita kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir disambut biasa-biasa sahaja oleh masyarakat kita. Mereka tetap lebih berminat bersembang dan berfikir tentang gosip artis, tentang persiapan majlis kahwin, tentang movie, tentang kucing, tentang baju, tentang cinta, tentang bola dan banyak lagi hal remeh temeh. Kasihan masyarakat kita sudah diserang dengan serangan pemikiran (ghazwatul fikr)!
"Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil." (Al-Hujurat:9)

Bagaimana mahu memerangi golongan yang menganiaya, seterusnya melaksanakan ayat ini kalau tidak tahu cerita?