Wednesday 8 July 2015

Rasulullah mencahaya

Terkadang orang sekeliling terasa banyak salahnya pada kita.
Dia tidak senyum dengan kita.
Dia melebihkan orang lain.
Dia tidak peduli kita.
Dia memerli kita.
Dia marah kita.

Lalu hati kita pun membungkam marah dan sedih.
Kita bermasam muka.
Kita tidak bertegur sapa.
Kita menyindir memarahi.
Kita berceritera di dalam hati.
Kita bersangka buruk itu ini.

Kita mahu dia mohon maaf.
Kita mahu dia sedar diri dan berubah.
Kita mahu dia dulu berusaha menjernih keadaan.

Kemahuan yang diputuskan oleh emosi. Memburuk keadaan.
Kerana tiada pertimbangan rasional. Apa lagi perkiraan iman.

Ahh malu lah kepada Rasulullah

Rasulullah dengan seluruh pertimbangan iman dan rasional,
meminta agar umat islam madinah membayar diyat
kepada keluarga dua lelaki Bani Kilab yang disalah bunuh
oleh seorang muslimin

Rasulullah pada saat membuat keputusan adil ini
luar biasa imannya, luar biasa kawalan emosinya
masih bersikap rasional dan adil
meski terlalu amat sedih
kerana kehilangan 80 orang sahabat hebat
yang sengaja dibunuh oleh kafirun

Dipengaruhi IMAN. Bukan emosi.
Rasulullah masih rasional
di saat orang lain barangkali
boleh gila dirasuk dendam dan amarah.


p/s: teringat bola besi. Iman memang seharusnya mempengaruhi perasaan dan perbuatan. Iman yang sebenar T_T