Sunday 13 April 2014

Demi permata masa depan

Dulu kalau pelajar saya buat salah, itulah modal paling besar untuk diceritakan kepada rakan-rakan guru.

Pom pang pom pang bercerita.. ditambah dengan cili, bawang, sos, ikan bilis semua.. fuh sedap sekali 'mengata' pelajar sendiri. 

Niat asalnya ingin berkongsi dan menambah ilmu bagaimana cara menangani pelajar sebegini.. tapi...

hati saya rasa tidak senang.. ada sesuatu yang tidak kena..

lama selepas itu baru saya sedar..

yang seorang guru harus menerima semua kesilapan anak didiknya, kerana itulah sebabnya kenapa guru itu diperlukan..

kalaulah semua pelajar itu sudah sempurna tiada kurang, maka apa perlunya lagi kepada insan yang bergelar guru?

************

Sekarang kalau berhadapan dengan ketidaksempurnaan pelajar..

nakal
malas
degil
gedik
tidak berdisiplin
dan macam-macam lagi

selalu saya ingatkan diri supaya jangan rajin sangat bercerita dengan orang lain.. kerana ia tidak lebih hanya akan menjadi sesi mengumpat..

kalau perlu sangat pun untuk bercerita, kerana kadang-kadang saya pun buntu bagaimana mahu mendidik pelajar.. saya selalu ingatkan diri supaya tidak mendedahkan namanya.. kerana itu lebih dekat dengan ikhlas dalam mendidik..

Dan selalu saya ingatkan diri, pelajar ini walau apa pun ketidaksempurnaan mereka.. masing-masing tetap mempunyai kelebihan yang sangat istimewa dan bernilai untuk agama ini. Untuk ummah ini. 

Maka, selalu saya ingatkan diri untuk selalu mendoakan mereka.. walau harapan masih kabur.. tapi betapa banyak contoh yang Allah sudah tunjukkan.. hari ini dia mungkin biasa-biasa atau sangat memeningkan kepala, tapi suatu hari nanti adalah senjata ummah paling berbisa! Amin Ya Rabb.

Hati rasa lebih tenang sekarang. 

Dan saat tulisan ini ditulis.. ada sesuatu yang muncul difikiran.. "Eh, Rasulullah kan memang mendidik seperti ini?"

Rasulullah itu.. kan tetap memandang positif walau berulang kali sahabat-sahabat melakukan salah..
Rasullullah itu.. kan tidak pernah berhenti berdoa dan berharap kebaikan untuk setiap sahabat Baginda, untuk agama Baginda, dan untuk ummah Baginda..

Dan akhirnya siapa sangka Allah menjadi generasi terbaik manusia datang daripada hasil didikan nabi yang dulunya hidup penuh dengan kejelekan jahiliyyah!

Kepada semua guru malah juga kepada semua pendidik apa pun gelarannya..
ibu, ayah, naqib, naqibah, ustaz, ustazah, abang, kakak..
Moga Allah memberi kekuatan sabar untuk tetap bertenang dan mendoakan anak didiknya walau apa pun ragamnya = )