Tuesday 2 September 2014

Teacher's love story

Sudah seminggu bercuti.
Hari ini masuk kelas tanpa perasaan.
Keluar kelas dengan bahagia.

Eh bukan sebab kelas dah habis ye..

Tapi sebab anak murid saya best! =P

Hari ini saya buat sedikit kelainan, sebab saya ada semangat baru!^^

Semangat baru ini datang selepas saya baca buku "Pendidikan Anak Dalam Islam" tulisan Dr Abdullah Nashih 'Ulwan. Buku ini tebal sangat, tak tahulah bila nak habis baca huhu T_T

Melalui buku ini saya belajar bahawa antara tanggungjawab wajib bagi seorang pendidik adalah menghidupkan rasa cinta dalam hati anak didiknya terhadap Rasulullah dan para sahabat.

Ayat biasa saja kan?! Tapi buat kepala saya aktif berfikir.. macamana ya nak buat? Selama ini ajar sirah, rasa macam tidak berkesan pun.. anak didik masih lagi menyebut cinta Nabi sekadar dimulut TT_TT

Jadi hari ini saya cuba untuk tidak bercerita banyak. Lagipun kisah tentang Siti Khadijah, rata-rata pelajar sudah dengar dari sekolah rendah.

Masuk sahaja kelas dan selepas sedikit muqaddimah, saya terus edar kertas latihan sirah. Saya bagi arahan pertama "Latihan ini adalah individu, tidak boleh bertanya kawan apa lagi guru. Mesti buat sendiri. Kelas mesti senyap sunyi seperti kubur!"

Pelajar mula menjawab latihan. Ada juga yang melanggar arahan, berbisik-bisik dengan kawan sebelah. Saya tegur, ingatkan mereka pada arahan yang diberi.

Selang 10-15 minit kemudian, saya beri arahan kedua "Sekarang kamu boleh berbincang dengan kawan-kawan untuk siapkan mana-mana soalan yang kamu masih tidak dapat jawab. Tetapi dilarang bertanya guru".

Bisinglah kelas. Yang lelaki, berjalan dari depan sampai belakang kelas untuk bertanya kawannya. Saya biarkan.

Selang 10-15 minit kemudian, saya beri arahan ketiga "Sekarang kamu boleh bertanya guru, untuk soalan yang masih lagi tidak berjawab"

Whoooosh! Soalan menyerbu saya bertalu-talu. Rasa 'glamour" la sekejap, sebab kiri kanan, orang memanggil. ^^ Memang sengaja pun saya buat soalan yang sukar bagi mereka.

Akhirnya semua pelajar berjaya menyelesaikan latihan masing-masing. Saya tanya mereka apa pengajaran dari aktiviti yang dilakukan sebentar tadi?

Wakil pelajar perempuan menjawab "Untuk menegakkan Islam, kita perlu kerjasama dari semua orang". Macam latihan tadi, kalau buat sorang-sorang, mesti tidak siap.

Wakil pelajar lelaki menjawab "Nak belajar, mesti ada guru". Haha, ya betul tu.

Dan saya menambah, "Sebenarnya cikgu mahu kaitkan dengan Saidatina Khadijah. Khadijah berperanan cukup penting dalam membantu dakwah Rasulullah. Beliau menenangkan Rasulullah, memberi kata semangat, dan  mengorbankan seluruh harta untuk membantu Rasulullah. Maka seperti mana kita rasa sangat penting adanya pertolongan kawan-kawan dan guru untuk menyiapkan latihan tadi, seperti itulah malah lebih lagi pentingnya ada Khadijah disisi Rasullullah. Sebab itu, Rasulullah sedih sangat apabila Khadijah meninggal dunia."

Pelajar tepuk tangan. Wah! Itulah sebab rasa bahagia bila keluar kelas. *Ketuk kepala sikit, hei ikhlas please!

Syukur pada Allah yang memberi idea. Dan warning untuk diri sendiri juga untuk amalkan apa yang dikata.

Apa pun hari ini saya rasa sangat, kalau kita berusaha, InsyaAllah Allah akan bantu =)


Cinta adalah kata kerja

Cinta adalah kata kerja.

Begitu Umar Al-Khattab mengajarkan, melalui kisahnya yang saya baca dari buku "Di Jalan Cita Para Pejuang" tulisan Salim A. Fillah.

Umar al-Khattab berkata kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri.”

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “Tidak, demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya sehingga aku lebih dicintai daripada dirimu sendiri.”

Umar r.a. berkata: “Sesungguhn
ya, demi Allah sekarang engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” (Riwayat al-Bukhari)

Umar mengajarkan bahawa cinta adalah kata kerja. Sebab itu mudah saja bagi Umar untuk menukar cinta saat ditegur Rasulullah. Awalnya, Rasulullah adalah cinta nombor dua bagi Umar selepas dirinya. Tapi sedetik kemudian, cinta Umar berubah. Umar kini mencintai Rasulullah mendahului cintanya diri sendiri.

Dan sejarah telah membuktikan bahawa Umar memang benar-benar mengotakan katanya!

*****************


 Ini adalah jawapan yang selama ini saya cari.

Saya yang saban hari berusaha
menanam cinta kepada Allah, Rasul dan para sahabat
dalam hati saya dan anak didik

tapi saya jugalah yang saban hari
merasakan bahawa cinta itu
tetap saja gersang dalam hati sendiri

kerana yang saya cari adalah 'perasaan' cinta  
sekarang saya belajar, kalau mengatakan cinta
jangan menunggu hadirnya perasaan yang syahdu-syahdu
tapi segera zahirkan cinta itu pada perbuatan

kalau mengatakan cinta Allah lebih dari segala
maka paksakan diri bangun solat
meski badan minta berbaring dikatil empuk

kalau mengatakan cinta Rasulullah 
maka paksakan diri tegakkan Sunnah

kalau mengatakan cinta para sahabat
maka paksakan diri mencontohi mereka 

Kerana cinta adalah kata kerja!