Monday 22 June 2015

Mereka masih mendengar

Batuk dan selsema.
Sungguh tidak selesa untuk mengajar.
Suara haruslah tidak merdu seperti selalu.
Malah tersekat-sekat kerana saluran pernafasan tersumbat.

Tapi mereka masih mendengar!
Masih tetap menadah telinga mendengar celoteh gurunya tentang sirah nabi.
Hei buat hati sayang kamu saja hehe.

****

Saya ingin menulis buku tentang betapa indahnya hidup di bawah lembayung Al-Quran.
Keindahan yang tidak akan terasa jika hanya membaca tanpa faham.
Keindahan yang tidak akan terbit jika hanya menghafal tanpa faham.
Al-Quran itu.. saya sendiri pun masih bertatih, ah barangkali merangkak untuk memahaminya.
Namun, walaupun yang difahami itu baru sedikit, bahagianya sudah menguasai rasa!
Sungguh indah sekali.

Saya ingin berkongsi rasa ini.
Saya ingin menulis buku yang menceritakan rasa ini.
Walaupun sudah tentu tidak sehebat Syed Qutb bila dia menukilkan bahagianya di bawah lembayung Al-Quran.. saya ingin menjadi persis burung kecil yang menyiram air melalui paruh kecilnya untuk memadamkan api yang mebakar Nabi Adam. Kecil tapi signifikan dan ada!

Moga nanti kalau tidak sejuta, seorang dua insyaAllah membaca,
persis murid saya yang tetap mendengar =)

****

Ahh semangat menulis sudah mebuak-buak sampai rasa nak pecah dada. Hush!!
Tapi idea masih sedikit sana sedikit sini.
Ya Rabbi, Rabbi Yassir Wa La Tu'assir. Amin.

Tunggu!!
buku itu insyaAllah akan terhasil!
Walaupun adik saya kata sudah berjanggut menunggu. Huhu.
Seperti anak murid saya yang tetap mendengar, tetaplah berazam dan bercita-cita.
InsyaAllah satu hari yang terrealisasi! Amin.

Saturday 20 June 2015

Bersyukur, Teruja, Cemburu, Semangat

Lama tidak membelek-belek internet.
Melihat perkembangan ikhwat akhawat sana-sini.
Hari ini alhamdulillah berkesempatan.
Walaupun maaf kerana didalam program, sambil mendengar pengisian sang penceramah. Heheh.

MasyaAllah, hasil belek-belek hari ini membuahkan bermacam rasa.

Bersyukur dan teruja.
Kerana sekarang sudah ada ikhwat akhawat Malaysia sendiri, dari golongan muda mudi.. yang sudah mula mewarnai dunia penulisan buku.
Buku-bukunya ke MPH lagi. Tidak hanya sekadar di kedai-kedai buku kita saja.
Subhanallah. Tahniah.
Moga buku-buku tersebut bakal membawa kepada anjakan pemikiran baru dalam masyarakat.
Membentuk mesyarakat rabbani!

Cemburu.
Yang teramat. kerana diri sendiri masih belum lagi mengarang hatta sepatah.

Semangat.
Kerana mereka sudah!

Bersyukur, Teruja, Cemburu, Semangat

Merebut Khilafah!

Tesis sudah selesai. Alhamdulillah.
Masanya untuk fokus dan serius menulis buku!

3 Ramadhan.
Hari ini saya selesai membaca buku Deadly Mist oleh Jerry D. Gray. Seminggu sebelumnya saya juga telah selesai membaca buku penulis sama, The Art of Deception.

Buku yang menambah iman!
  • Fitnah dajjal itu besar.. bahkan persediaan menantikan kadatangannya saja melibatkan satu dunia!
  • Surah An-Nas sudah lama menyebut bahawa syaitan itu terdiri dari kalangan jin dan manusia
  • Hadis Ghulam sudah lama menceritakan bahawa sihir dan kekejaman adalah senjata pemerintah taghut

Buku yang membuka mata!       
  • Musuh Islam sudah bekerja terlalu keras, kita?
  • Usaha musuh sudah terlalu jauh, kita?
  • pengaruh musuh sudah terlalu luas, kita?

Mereka ingin menguasai dunia melalui new world order (NWO).
Kita pun. Melalui Khilafah Islamiyyah.


وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ (40) الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
“Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agamaNya) sungguh Allah Maha Kuat lagi Maha perkasa. (Yaitu) orang-orang yang jika kami berikan kedudukan di bumi mereka melaksanakan shalat, menunaikan zakat dan menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan kepada Allah lah kembali segala urusan” (QS: Hajj 40-41)

Hanya dengan Islam bumi akan aman dan sejahtera.

Membaca buku ini, membuatkan saya bertanya pada diri.. apa yang saya sudah buat?

Kemenangan Islam itu memang pasti. Allah sudah janji.
Cumanya adakah saya termasuk dalam golongan yang membantu?

Ahad lepas ketika saya di dalam bas untuk ke sekolah selepas tamat cuti persekolahan, semua penumpang dihiburkan dengan video-video klip hindustan. Aaaaah tergoda dibuatnya! Mendengar lagu-lagunya selepas sekian lama, betul-betul membuakkan rindu kepada filem-filemnya. Terasa lemah sekali untuk berlari laju di medan ibadah dan dakwah.


“اللهم أرنا الحق حقاً، وارزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلاً، وارزقنا اجتنابه، ولا تجعله ملتبساً علينا فنضل، واجعلنا للمتقين إماما ”

"Ya Allah, nampakkanlah kepada kami kebenaran sebagai kebenaran dan berilah kami kemampuan untuk mengikutinya dan nampakkanlah kebatilan sebagai kebatilan dan berilah kami kemampuan untuk menjauhinya dan janganlah Engkau jadikan kebatilan itu seakan kebenaran sehingga kami tersesat karenanya. Jadikanlah kami teladan bagi orang orang yang bertakwa”

Hanya kepada Allah sumber kekuatan. Hari ini saya bermula sekali lagi!


p/s: May Allah grant the author with His bless. Amin.