Friday 10 January 2014

Drawing a Sunshine

Tahun ini saya mengajar subjek Sirah Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.
Ajar adik-adik kecil. Tidak seperti tahun-tahun lepas, ajar yang besar-besar.

9 Januari 2014

Saya masuk mengajar kelas Tingkatan 1.

"Siapa baca teks mukasurat 5 sampai 8 macam yang cilgu suruh?"

Hanya tiga orang yang angkat tangan.

"Sibuk cikgu, basuh baju banyak"
"Tak sempat cikgu, malam tidak ada prep"
"Belum baca, banyak kerja sekolah lain. Baru siap Matematik"
"Tak ada buku cikgu, tak boleh baca"
"Terlupa la cikgu"

Haiya, baru minggu pertama sudah gagal menyiapkan tugasan.

"Kamu menyebabkan cikgu tidak boleh mengajar seperti yang cikgu rancang. Siapa yang salah?"
"Kami...."
"Tau pun, jadi sekarang cikgu nak kamu buat akujanji, supaya perkara seperti hari ini tidak berlaku lagi"
"Baik...."

Saya menulis teks akujanji di papan putih. Semua pelajar menyalinnya di buku tulis masing-masing. Saya ingatkan mereka, janji mesti ditepati =)

Tiba-tiba ada seorang pelajar bertanya...
"Cikgu, nak salin akujanji ni berapa kali?"
"Sekali sahaja, tapi kalau kamu tanya lagi, kamu kena salin dua kali, dan kalau lepas tu kamu tanya lagi, kamu kena salin 10 kali"
"Owh , baik" dan mulutnya masih ramah berbicara itu ini sehingga akhirnya dia, saya yakin tanpa disengajakan, bertanya lagi...
"Cikgu, sekali je kan?"
"Kamu sudah tanya 2 kali, jadi kamu kena salin 2 kali"
"Alamak, tersilap tanya". Kawan-kawannya sudah ada yang tergelak-gelak.
Masa berlalu sambil saya menunggu mereka menyiapkan akujanji masing-masing.
Tiba-tiba yang si ramah-tamah tadi bertanya lagi...
"Cikgu, 2 kali je kan?"
"Ini kali ketiga kamu bertanya, jadi kamu kena salin 10 kali!"
"Alamak... tersilap tanya lagi. Please la cikgu, 2 kali je la eh.. ok?"
Haishh pelajar ini.. nak marah pun jadi tergelak-gelak.

Tepat 3.30 petang, saya benarkan semua orang keluar kelas selepas menghantar akujanji masing-masing kepada saya. Pelajar ramah-tamah tadi paling akhir meninggalkan kelas, kerana menyalin akujanji 2 kali.

Comel sekali =)
Very Innoncent.
Ini kain putih yang saya perlu corakkan.
Ditangan saya, apa warna yang ada?

Ya Allah, bimbinglah diriku ini.


Reflection

1 Januari 2014

Kawasan sekolah tiba-tiba dipenuhi ramai orang.
Berbeza sekali dengan semalam.

Hari ini pelajar saya mendaftar masuk.
Suasana sekolah berubah hingar bingar.

Saya jadi pening sekejap.
Saya belum bersedia menjadi Murobbi mereka.

                              *****
2014

Super-duper sibuk.
Sibuk dengan mesyuarat-mesyuarat.
Sibuk dengan tugasan sekolah.
Sibuk dengan peperiksaan Master.
Sibuk dengan pindah rumah.

Stress!

                              *****

Pelajar saya menyapa saya.
Itu mutarabbi saya, anak didik saya.
Sapaannya saya balas. Tapi hanya itu.
Terasa tiada mutiara yang dapat dikongsi bersama.
Kerana hati terasa kosong.

Ya Allah, Ya Rabbi
Sesungguhnya pada segala kesibukanku ini
Ku cuba niatkan keranaMu
Namun saat ia mengalihkanku dariMu...
... Ahh

Wahai diri,
berhenti sekejaplah dari kesibukan
Hatimu itu bersihkan betul-betul
agar solatmu didepan Allah
Khusyuk tidak diganggu dunia

Wahai diri,
berhenti sekejaplah dari kesibukan
Hatimu itu bersihkan betul-betul
agar niatmu kepada Allah
Ikhlas tidak diganggu dunia

Moga Allah berkenan membimbingku ke syurga.
Moga kesibukan ini bernilai disisiNya!