Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. Tengah malam 12 Feb 2011 pasti akan diingati oleh dunia apabila ditaktor angkuh Hosni Mubarak akhirnya terpaksa tunduk dengan kehendak rakyatnya agar beliau meletak jawatan. Siapa sangka ditaktor yang yang berjaya bertahan selama 30 tahun akhirnya tumbang hanya dengan suara rakyatnya. Memiliki harta sebanyak USD70billion, kawan baiknya Amerika dan Israel.. sayangnya tiada siapa yang dapat membantu Mubarak mengekalkan kuasanya.
"Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al-Imran: 26)
Apa pun post kali ini bukan untuk bercerita panjang lebar pasal Mesir, memandangkan tak best pun kalau saya cerita.. sebab tak banyak pun yang saya tahu.. Tapi saya boleh share blog terbaik untuk bacaan anda, kalau nak tahu tentang Tunisia klik sini dan tentang Mesir klik sini. Sana sini situ sinun!
Akhbar kita entah apa-apa
Sudah bertahun saya tidak membeli akhbar. Rasanya. Tapi dengan tiba-tiba semangat untuk membeli akhbar berkobar-kobar apabila tercetusnya kebangkitan rakyat di Tunisia yang kemudian merebak ke Mesir. Kebangkitan rakyat ini sememangnya cerita 'HOT", apalagi ia mempertaruhkan masa depan umat islam keseluruhannya jika dianalisa daripada pelbagai sudut.
Maka, buat julung-julung kalinya selepas bertahun-tahun, tibalah hari bersejarah saya membeli surat khabar. Hari itu 2 Februari 2011, saya tercegat dihadapan naskhah-naskhah akhbar di sebuah kedai.. rambang mata mahu membeli mana satu. Antara banyak-banyak akhbar yang dijual, malangnya hanya akhbar you know what (bukan nama sebenar) yang memaparkan cerita Mesir di muka surat depan. Yang lainnya bercerita tentang banjir.
Maka, boleh dikatakan saya tidak perlu membuat pilihan untuk membeli memandangkan saya hanya tertarik dengan akhbar you know what sahaja. Bukan tidak mahu tahu tentang saudara kita yang dilanda banjir, tapi saya yakin keadaan mereka jauh lebih baik daripada saudara kita di Mesir yang sudah dizalimi selama 30 tahun. Tetapi, saiz akhbar akhbar you know what ini sangatlah besar dan menyusahkan pula kalau hendak dibawa ke sana sini. Malah, sungguh tidak bersopan pula rasanya untuk dibaca di office huhu.. kantoi la kan.
paper tahun bile ntah neyh. . (credit gambar) |
Terpaksa, saya pun membeli akhbar the chosen (nama tipu-tipu) dengan harapan kalau pun bukan cerita Mesir di muka hadapan, biar ceritanya mendominasi bahagian tengah. Selesai membeli, saya ke kedai makan bersama rakan-rakan sepejabat untuk bersarapan bersama. Sementara menunggu makanan, saya dengan penuh teruja menyelak akhbar tadi. Helaian demi helaian diselak, sayangnya tidak ada cerita Mesir. Hingga ke helaian terakhir, hanya ada sedikit sahaja cerita Mesir. Terlalu sedikir, seolah-olah isu Mesir ini langsung tidak penting dimata Malaysia. Picisan cuma!! Padahal ia menentukan nasib bukan sahaja rakyat Mesir, tetapi tanah arab, Palestin dan seluruh umat Islam amnya.
Malaysia ini diwar-warkan sebagai negara Islam, tapi sangat sedikit sensitiviti terhadap saudara seislamnya. Maka layakkah kita bergelar negara Islam? Jangan perasan! Peranan media dalam membentuk pemikiran masyarakat memang sudah diketahui umum. Maka tidak hairan jika berita kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir disambut biasa-biasa sahaja oleh masyarakat kita. Mereka tetap lebih berminat bersembang dan berfikir tentang gosip artis, tentang persiapan majlis kahwin, tentang movie, tentang kucing, tentang baju, tentang cinta, tentang bola dan banyak lagi hal remeh temeh. Kasihan masyarakat kita sudah diserang dengan serangan pemikiran (ghazwatul fikr)!
"Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil." (Al-Hujurat:9)Bagaimana mahu memerangi golongan yang menganiaya, seterusnya melaksanakan ayat ini kalau tidak tahu cerita?
saya tahu akhbar apakah itu..itu akhabar kegemaran saya jua..bermula dgn huruf H berkhir jua dgn huruf H..tgh2 ada K..
ReplyDeletehoho.. sy suka juga akhbar itu.. tp syg sukar dijumpai di kedai2 tepi jalan huhu T_T
ReplyDelete