Rabu lepas, saya mengambil adik pulang dari pusat tuisyen. Memandu di jalan kampung, mahu memecut put tidak boleh.. al-maklumlah banyak selekoh di sana sini. Apa lagi kalau memandu di belakang lori, nak cari peluang untuk memotong teramatlah susah. Nak tak nak terpaksalah berlakon macam bawa lori juga.. memandu dengan kelajuan 40 km/j saja. Boleh mengantuk dibuatnya!
Ditakdirkan Allah, hari tu saya terpaksa mengekor di belakang sebuah lori. Lori yang sangat besar, lori pasir mungin. Dek kerana kebesarannya itu, langsung tak nampak benda lain selain hanya lori itu sahaja di depan saya. Rasa macam sempit pemandangan sebab tak boleh nak tengok benda lain huhu. Lama jugalah mencari peluang untuk memotong, sempatlah juga rasa mengantuk. Tiba-tiba, lori tersebut brek dan bergerak semakin perlahan. Saya menjeling pada lorong yang bertentangan, "Wah jalan lurus dan clear tak ada kereta, peluang baik untuk memotong!". Sempat juga terlintas difikiran saya, "Mungkin lori ni nak bagi saya memotong, sebab itulah dia memperlahankan lorinya. Baiknyaaa!". Jadi saya pun memotong dengan gembiranya.
Tapi, sedang saya cuba memotong lori tersebut, tiba-tiba lori itu membelok ke arah kanan. Anda tahu ke arah mana? Ke arah kereta saya lah! Ya Allah takutnya, bayangkan lori yang besar itu seakan-akan seperti mahu melanggar si comel Viva saya ini. Alhamdulillah Allah masih mengizinkan saya untuk sempat berfikir bagaimana ingin mengelakkan pelanggaran ini. Maka dengan ilham-Nya, saya menekan pedal minyak dan memecut lebih laju. Alhamdulillah, lori besar itu hanya sempat melanggar belakang kereta saya sahaja. Itu pun tidak teruk, hanya kemik dan calar sedikit sahaja.
Kalau ikutkan hati memang mahu sahaja memuntahkan amarah kepada pemandu lori itu. Sudahlah tidak memberi isyarat untuk masuk simpang, malah masih membelok walaupun saya sedang cuba memotong. Tunggu sebentar tidak bolehkah?! Sudah tu, terus sahaja memandu walaupun sudah melanggar saya. Tak berhenti langsung. Tapi memandangkan saya ini perempuan, dan yang bersama saya pada masa itu adalah adik-adik Tingkatan 2.. saya membatalkan niat untuk bersemuka dengan pemandu itu. Takut nanti lain pula jadinya.
Esoknya saya melalui lagi jalan itu. Tiada pilihan, memandangkan itulah satu-satunya jalan untuk ke bandar. Melintasi kawasan kejadian membuatkan saya teringat kembali kemalangan semalam. Tapi kali ini dengan amarah yang sudah mereda. Kali ini saya semacam tersedar bahawa lori tersebut sangatlah besar, sedangkan kereta saya sangatlah kecil. Kemalangan semalam boleh dikira sebagai kemalangan ngeri! Tapi, ia diakhiri hanya dengan sedikit calar dan kemik. Selebihnya kami selamat sampai ke rumah. Semuanya ok macam biasa. Hatta adik saya yang duduk di bahagian belakang, yang tentunya lebih merasai perlanggaran tersebut pun, ok saja. Subhanallah! Peluang apakah ini Ya Allah..
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
Tidak tahu sebenarnya bagaimana mahu meluahkan rasa syukur ini..
Ini baru satu, kalau difikirkan.. tak terhitung nikmat-Mu pada hamba-Mu yang selalu tak lepas dari dosa ini..
Solatku pun jarang-jarang sekali khusyuk.. Kalau khusyuk pun, susah benar mahu bertahan hatta lima minit pun. Itu tanda syukurku masih sedikit.. mungkin hanya sebesar zarah!
Ya Allah, terima kasih. Engkau sememangnya Ar-Rahman dan Ar-Rahim!
Atas nikmat nafas yang masih dapat kuhela, nikmat badan yang sihat dan masih berfungsi dengan baik, nikmat keluarga yang semuanya pun sihat, nikmat kenderaan yang masih mampu membawaku ke sana sini, dan nikmat-nikmat lain yang sekian banyaknya.. ku pohon, tolonglah aku menjadi hamba-Mu yang bersyukur. Amin.
Adikkkkkk!!!!!!!!!!!!! blog baru!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletehaha.. haah. Harap2nya tulisan di sini lebih matang =)
ReplyDelete