Saturday 30 June 2012

Bersemangat semula!

Cita-cita untuk menulis sudah lama ada. Mendiam didalam hati dan minda. Rasanya banyak perkara ingin dikongsi dan disebar, malangnya sukar sekali mengolah idea menjadi panjang seperti layaknya sebuah buku. Akhirnya cita-cita itu tenggelam dalam lautan urusan kehidupan yang tidak berpenghujung.

Hari ini cita-cita itu timbul kembali di ruang ingatan. Tadi dua orang rakan baru pulang dari pesta buku di PKNS Shah Alam. Seronok melihat buku-buku yang diborong mereka, antaranya adalah hasil tulisan Ustaz Hasrizal dan Tok Guru Nik Aziz. Tambah seronok mendengar cerita tentang buku-buku baru tulisan Hilal Ashraf, Fatimah Syarha dan ramai lagi penulis yang sudah menyumbang deretan buku di pasaran.




Ustaz Hasrizal, Tok Guru Nik Aziz, Hilal Asyraf, Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Fatimah Syarha.
Antara penulis yang sangat produktif, belum pun sempat membaca buku mereka yang sebelum ini, sekarang sudah terbit buku mereka yang baru.

Terdetik di dalam hati "Aku bila lagi?". Tertekan. Dan akhirnya terlontar dengan sebuah jeritan "Cemburunya!!!!". Perbualan tertukar arah. Tidak lagi tentang buku-buku baru, tapi tentang pengalaman seorang penulis yang bukunya terhasil selepas bersusah payah melawan segala keterbatasan yang ada. Tak terhenti disitu, penerbit pula tidak mahu menerbitkan naskhahnya. Itu begini, usahanya tak berhenti. Alhamdulillah berjaya memasuki pasaran akhirnya.

Terinspirasi. Bersemangat semula.
Langkahku yang terhenti, kini kusambung semula.
Terima kasih kawan-kawan atas sokongan.
Terima kasih Allah atas segalanya =)

No comments:

Post a Comment